Wednesday, October 29, 2008

Pilihan Raya Kampus....UTP


Assalamualaikum & greetings.

SRCUTP campus election is around the corner. Please take note that there are 11 General Constitution Candidates and 9 Program Constitution Candidates competing for the MPPUTP portfolios.

*VOTE #1 FOR P.E. CONSTITUTION**
Name: Awangku Alizul Azahari bin Awangku Matali
Batch: JAN '06
Remember *CANDIDATE NO. !)* !
Vote #1!
*************************************************

Date: 29th October 2008 (Wednesday)
Venue: All village cafes (respective villages)
Requirement: Matrix Card (for those who have lost it, please get a temporary slip issued by the security dept)

There are 3 candidates for PE
1. Awangku Alizul Azahari (2nd Year 2nd Sem)
2. Hafiz (2nd Year 1st sem)
3. Ron Fernandez (1st Year 2nd Sem)
You're allowed to vote for 2 person out of 3, please choose wisely. If u think im the one who can lead P.E. students, do vote for me, candidates no.1

*******Please keep forwarding this msg, tq!**********


---------------------------------------------------------
ini merupakan mesej yg ditujukan kepada warga PE di UTP....

slamat berpilihan raya kampus buat warga kampus.....

ana menzahirkan sokongan kepada sahabat ana saudara awangku alizul dan azahari...

ya Allah..permudahkanlah....

Sekilas Pandang...



Sekilas Pandang
Album :
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Sekilas kuterpandang wajahnya terlukis
Hatipun bertanya mengapa sukarnya
Memandang langkah, wajahnya di hati
Merangsang gerak jiwaku

Kira siapakah yang terbentuk di kalbu
Adakah dia penghibur yang kan kutemu
Telah sekian lama daku menunggu
Sudikah petunjuk darimu

Lelah.. lelah.. itu hanya dugaan
Ia menguji perhitunganmu
Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa
Kerana Ia yang menentu segalanya
Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa
Kerana Ia yang menentu segalanya
Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa
Kerana Ia yang menentu segalanya

Milik siapakah yang terbenak dikalbunan
Adakah dia penghibur yang kutemu
Telah sekian lama daku menunggu
Sudikah petunjuk darimu

Berawaslah melihat dan memandang
Mata indera kurniaan tuhan
Hanya mata engkau dan mata hati
Mengajar hidup aman dan abadi
Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa
Kerana Ia yang menentu segalanya
Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa
Kerana Ia yang menentu segalanya

Sekilas pandangan rohmat yang datang
Sekali pandangan jangan kau ulang

Lelah.. lelah.. itu hanya dugaan
Ia menguji perhitunganmu
Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa
Kerana Ia yang menentu segalanya
Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa
Kerana Ia yang menentu segalanya
Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa
Kerana Ia yang menentu segalanya

---------------------------------------------
lagu nasyid ni agak menarik ...sesuai ngan situasi..haha..

sekadar utk mengupdate blog..insya Allah..ana akan sambung lg cerite2..mungkin berkenaan field trip PE 2nd year 2nd sem di terengganu...byk citenye...nantikanlah..:)

jazakallah...

Tuesday, October 21, 2008

KEMBARA RAYA....




alhamdulillah...akhirnye ana diberikan kelapangan menulis...[bru lps hantar take home test]...bile melihat2 blog ni balik....rse mcm dah lame x update...dah la dah brape minggu dah terlepas...tp xpe..doakan ana trus istiqamah...

insya Allah, kali ini ana akan cerita mengenai kembara raya yg dibuat pada raya keempat bersamaan ari ahad[tarikh ana lupe da..]...idea ini adalah hasil gabungan bart dan nu'man..history nye lak dah bermula pada raya tahun lps lg yg dibuat secara tiba2...jd pada tahun ini, ianya dikomersialkan...seperti biasa, setelah merespon mesej2 dri nu'man...daerah2 yg terpilih adalah:

1- hulu langat[bangi]....rumah ana, nawal, khairil fadzli
2-puchong....rumah nu'man
3-putrajaya.....rumah amir[ats bukit tu]..
4-banting...rumah farashida, kak rai dan rumah syud n saadah, abg zul
5-sepang.....rumah action eh...acan...:)

total sume ade 11 rumah...perjalanan yg panjang nampaknye...

perjalanan bermula pada pukul 8.30 di KTM UKM...seperti sedia maklum...alamatnye kul 9.00 gak amek mse nak kumpul...kredit to acan..mse ana mai tu die awal2 lg dah terpacak kat situ...sbbnye? sume nak jd pandai...klu dah mai daerah org tu duk senyap2...jgn la rajin nak g jalan2..ish2...ana ngan acan gak yg kne cri...tika tu ade 4 bijik keta..[civic nu'man, kembara amir, myvi mak ana, dan wira kak rai]...jd sume bersarapan pagi di rumah ana....syukur sbb sume dpt sampai walaupun lewat....



seterusnye rombongan menuju ke rumah nawal... dekat je ngan rumah ana...abis dekat situ dlm 1 jam....dri situ menuju lak ke rumah khairil..same gak..dekat je...stail kembara raya kali ini adalah tuan rumah akan bertaaruf mengenai keluarga masing2...dan mse nak mengundur diri tu, gambar satu rombongan akan ditangkap...nu'man ckp nanti akan de kenangan...lame gak di rumah khairil reasonnye ialah tunggu bart yg baru balik dri kampungnye..kredit to bart sbb semangatnye...

seterusnye beralih ke puchong utk makan nasi lemak mak nu'man...sedap tu..rumah pun lawa...dri situ, menuju pula ke rumah amir...terletak kat atas bukit ngan angin bertiup damai...dan nak cite skit kat sini, macaroni[tak tau eja] yg sedap berserta sosej yg besar menjadi santapan...best2..

dri situ perjalanan beralih pula ke kawasan banting yakni rumah farashida di kampung olak lempit[betul ke?]...menu utama yg same mcm taun lepas adalah pulut kuning ngan ayam masak pedas yg amat pedas...best tu....dri situ, menuju pula kami ke rumah kak rai...rumah yg amat cantik dri segi seninye....kat situ jumpe sahabat sedaurah, adik kak rai, musab...bihun sup disajikan....perjalanan ke rumah syuhada n saadah diteruskan...[ingatkan dekat, maklumlah, dri gaya cakap mcm sekampung..rupenye jauhnye bukan main...dgn jem lg...ish2...tp bile sampai rumahnye, terkedu ana, atas rumah adalah markas cawangan pas, rumah lak bekas pasti...borak ngan ayahnye sume psl politik...alhamdulillah...mabruk2...

not on the list rumah abg zul...tp sbb setelah diterangkan oleh syuhada yg rumahnye dekat bukan main, maka pergi ke rumah abg zul[nasib baik dekat btul]...kat situ jumpe org yg dirindui, razif yg makin menipis...haha..skali ngan onner munir n amir hamzah...suka btul...kat situ dah dekat kul 9 mlm...

hasil syura, sume bersetuju utk g ke rumah acan..kat salak tinggi...perjalanan amek mse dkt satu jam..sampai2.. dekat kul 10...[first time raye rumah org kul 10]...mak ana pun tepon suh balik...duk kat rumah acan ni smpi kul 11...menu utama mee bandung n cock tail....perjalanan utk pulang diteruskan...


alhamdulillah, slamat tiba di rumah kul 12..walaupun dimarahi sbb lewat sgt..ana btul2 bersyukur dikurniakan sahabat2 dan sahabiah2...mcm antum/na...

ukhwah fillah abadan...[anep x dpt dtg sbb pak cik die sakit]...sian anep...

coretan raya sampai sini saje...puasa 6 jgn dilupai...

jazakallah.....

Friday, October 10, 2008

Tika Shawal Menjelma….

Assalamualaikum….alhamdulillah, setelah sebulan diberi tarbiyah oleh madrasah ramadhan, akhirnye kembali ke fitrah…smoga ramadhan akan datang dapat bertemu lg skali..insya Allah…

Setelah seminggu x update blog….[kononye berehat]…insya Allah..ana akan kosisten balik…utk pengetahuan, stail blog ana yg ana wat ikut minggu tu nampak mcm dah hamper terlepas..huhu..mcm x sempat nak wat utk minggu tu..tp pape pun..ana akan wat gak klu ingatan still lg ok..

Rata2 blog yg ana bace sume berkisarkan kisah raya masing2..jd ana pun rse xnak ketinggalan…stailnye, ana akan cite ikut ari…[bru nampak sistematik skit]

Raya pertama…

Ana bangun agak awal sbb mak dan ayah ana nak hantar mak cik ana balik kampung naik kapal terbang….[dpt rse suasana pagi tika raye]…setelah bersiap2 dgn pki baju raye..eh bukan jubah raye[jubah tu mak ana bli kat mekah…alah…jubah putih yg ana pki kat UTP]..xsempat nak bli baju melayu bru…..sessi bersalam2man bermula..ngan family ana..selepas bersarapan ngan gulai itik serati yg mak ana wat skali nasi himpit[btul ke ejaan?]…sedikit info, family ana skang ni mcm dah xde kampung, kedua2 atuk n nenek[oghe klate panggil mek] dah kembali ke rahmatullah, dan akibat dri tu, rumah pusaka mereka xde yg jage sgt mengakibatkan xsesuai diduduk, meskipun saudara mara de kat sane[ish2]…jd..sembahyang raye dilakukan di surau kat rumah ana kul 8.30 pagi…maka setelah pulang ke rumah menyambung hidangan, maka bersiaplah utk pulang ke kampung halaman di Kelantan…pemergian bermula disaat jam 12.00 tghari mengikut jalan ganu…nak dijadikan cite,sampai di ganu dlm keadaan mentari dan nak hilang sinarnye…maka singgahlah sebentar di chalet di Paka..kirenye ana raya kat ganu la[sori lupe nak inform sahabat2..kot2 bleh dtg rumah]….

Raya kedua…

Lanjutan dri tidur di negeri org, family ana bertolak ke Kelantan…mse perjalanan yg sepatutnye 3 jam jd mcm 5 jam sbb rmi kete yg kuar nak beraya then bwk slow mcm kura2…alhamdulillah…slamat smpi di rumah pak cik ana utk makan tgh ari seblum bertolak ke chalet utk nginap kat sane…info dri ana berkenaan kampung ana yg terletak di kg. mujur, jelawat,bachok[tmpat ustaz nasarudin mat isa] xpdt diduduki sbb mcm nak roboh…lg selesa duk kat chalet dri duk rumah adik beradik mak sbb mudah utk jaga aurat n sbg…insya Allah…rsenye tu je kot utk raya ke-2….
Raya2 berikutnye…

Yg raya ke-3..sperti biase la..berjalan2 ke rumah saudara mara dan bermaaf-maafan sambil diberi duit raya[still lg dpt sbb mak ckp x kawin lg]….alhamdulillah, ana pulang ke rumah di bangi pada raye ke-4 menyertai kesesakan lalu lintas disana..slamat jua sampai….

Cukup la kot utk cite bab2 raye..but, mungkin ade satu lagi posting berkenaan kembara raya yg dianjurkan oleh persatuan budak2 selangor jan06…..nanti akan diceritakan sekiranye ade kelapangan… insya Allah same2 kite mencari keredhaan Allah di bulan Syawal ni dgn melakukan sunnah puasa 6..insya Allah…

Jazakallah….

Tuesday, October 07, 2008

Family Day Rakan Masjid......



Pada tarikh 21 haribulan September 2008 bersamaan 21 Ramadhan 1429 Hijrah telah diadakan Famili Day Rakan Masjid yang dianjurkan oleh Lajnah Rekreasi, Kesenian dan Kebudayaan yang bertemakan ‘Menggamit Ukhuwah Menggapai Rahmah’.

Pada pukul 8 pagi, acara bermula dengan pendaftaran peserta yang bertempat di futsal court. Seramai 70 orang peserta telah mendaftar pada pagi tersebut. Peserta muslimin telah dibahagikan kepada 6 kumpulan manakala peserta muslimat telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Acara diteruskan dengan perasmian pembukaan oleh Saudara Mohd Hakim bin Mohd Nor, Presiden Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas.

Modul taaruf sesama ahli kumpulan telah dilaksanakan dengan cemerlang. Setiap ahli kumpulan diberikan kepingan gambar yang telah dicerakinkan dan diminta untuk mencantumkan kembali gambar – gambar tersebut untuk menentukan check point pertama bagi aktiviti treasure hunt. Sepanjang tempoh pencantuman gambar – gambar tersebut, setiap ahli akan bertaaruf sesama ahli kumpulan sendiri dan kumpulan lain. Setelah berjaya mencantumkan gambar – gambar tersebut, setiap ahli kumpulan bergerak ke check point masing - masing mengikut gambar yang telah ditetapkan.

Treasure Hunt yang dijalankan mempunyai 6 check point yang perlu dilalui oleh setiap peserta iaitu padang, pavilion, tasik, pondok, CIMB bank dan akhir sekali ialah masjid an – Nur. Setiap check point mempunyai tema yang tersendiri. Padang bertemakan pengorbanan, pavilion bertemakan sirah, tasik bertemakan kreativiti, pondok bertemakan IQ, CIMB bertemakan ukhuwah manakala masjid an – Nur pula bertemakan muhasabah ilmu. Selesai aktiviti treasure hunt, majlis ditangguhkan terlebih dahulu.

Majlis penutup berlangsung pada pukul 10.30 malam dengan penutupan majlis oleh Saudara Mohd Zaim bin Kamarulzaman, selaku Timbalan Presiden Rakan Masjid. Majlis penutup turut dilengkapi dengan persembahan montaj yang disediakan oleh Lajnah Informasi dan Multimedia. Bagi kategori muslimin, Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan berjaya bergelar johan manakala bagi muslimat, kumpulan gabungan Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan, Lajnah Dakwah dan Perhubungan, dan Lajnah Kebajikan dan Perpaduan.

Penyampaian hadiah kepada para peserta berlangsung dan diakhiri dengan jamuan. Majlis bersurai pada pukul 11.30 malam.

Kesimpulannya, Famili Day Rakan Masjid merupakan merupakan satu acara yang mampu memberi ruang kepada para peserta untuk merehatkan minda dan fizikal tanpa perlu


melanggari syariat – syariat Islam di samping mengumpul dan mengeratkan hubungan di antara ajk – ajk Rakan Masjid.


Disediakan oleh,

NURUL HUSNA BINTI HJ SHAHIMI

(SETIAUSAHA LAJNAH REKREASI KESENIAN DAN KEBUDAYAAN)
RAKAN MASJID
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

--------------------------------------------------------
Alhamdulillah..FD fasa 1 dah selesai...nantikanlah FD fasa 2 jika tiada aral melintang....syukran atas komiti FD dri kalangan LrKK[ajk2 ana]....insya Allah..smoga pengorbanan antum/na diberkati Allah...

sori sbb lambat post..[sbnrnye xtau nak post ape]
syukran pd husna[s/u Lrkk] sbb wat laporan..hehe