Wednesday, June 09, 2010
United Students for Gaza
Assalamu'alaikum wbt. untuk makluman semua
Jumaat ini, 11 Jun 2010
Akan diadakan 2 aktiviti anjuran MPPUTP dengan kerjasama MPP IPT di PERAK dan 20 buah kelab dan persatuan di UTP dibawah
United Students for Gaza (US4G) untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Israel membedil Gaza dan menyekat bantuan kemanusiaan ke sana
1. Wacana Ilmiah “Palestin Kita Akan Merdeka”
Masa : 10.00 pagi -12.00 t.hari
Tempat : Dewan Utama (Main Hall), UTP
2 Panel Istimewa :
1.Mustafa Mansur
(Salah seorang dari 12 Aktivis Malaysia turut serta dalam Freedom Flotilla di atas Kapal Mavi Marmara)
2.Ismaruzaini binti Ibrahim
(Koordinator IPT/IPTS Konvoi Nasional Buat Gaza)
Juga akan diadakan tayangan video istimewa tentang Gaza.
2. RALLY/DEMONSTRASI/PEACEFUL GATHERING
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Di perkarangan Masjid An-Nur, UTP
Jadi, memohon jasa baik semua untuk:
1. Mem”forward”kan e-mail ini kepada sahabat sekerja/masyarakat sekitar dan kepada sesiapapun demi kebaikan semua dan mempromosikan aktiviti ini.
2. Mempromosikan page Facebook seperti di URL yang tertera kerana maklumat mengenai aktiviti ini dan update mengenai apa yang terjadi di Palestin akan diberitahu melalui medium ini.
http://www.facebook.com/pages/UNITED-STUDENTS-4-GAZA-US4G/119003978141864?ref=ts
3. Yang penting TURUT SERTA dalam 2 aktiviti tersebut dan mengajak sesiapa sahaja untuk turut serta dalam kedua-dua aktiviti ini tidak kira muslim/non-muslim, warga tempatan/international, masyarakat sekitar, lelaki, perempuan etc.
Perempuan dan Non-Muslim akan berkumpul di depan Sports Complex pada pukul 1.50 tgh hari)
Warna Tema : Hitam, Putih dan Merah
Semoga segala amalan kita dikira sebagai ibadah dan usaha kita untuk menolong saudara kita di Palestin. Sudah tibanya masa untuk kita bersatu dalam menegakkan kebenaran.
p/s: terharu sbb melihat rumate giat berkerja menjayakan perkara ini. berusaha ya akhi...[ana support dri dpn komp]
Tuesday, June 08, 2010
Coleteh Bulan 6
Alhamdulillah...
penat menjalani minggu exam.jadual yang dikenakan agak meyakinkan. dua minggu diperuntukkan untuk dihabiskan. paper yang payah digandingkan dengan paper yang mudah. nampak macam boleh skor disitu. namun ape yang penting adalah? kembali kepadaNya. tawakkal tu a'la Allah.
akhir bulan 5 dan awal bulan 6 penuh dengan program-program samada program memotivasi diri juga program bersama keluarga. tika ni, ana baru sahaja kembali ke UTP seusai program yang ditaklifkan.
kembali ke UTP untuk membentangkan Final Year Project 1 dan ianya baru sahaja berlaku sebentar tadi. sukar untuk digambarkan dengan kata-kata ketika sessi perbentangan tadi dan ape yang penting? kembali kepadaNya.
mungkin dalam bulan 6 ni, ana akan jarang mengupdate blog kerana kekangan di rumah dengan had penggunaan internet yang perlu dikongsi dengan adik beradik dan program-program mujahadah diri yang menanti.
esok ana akan pulang. pulang berjumpa ibu dan bapa yang tercinta, bertemu adik lelaki yang sudah 4 bulan tidak kejumpaan, menanti masakan adik perempuan dan kakak yang x beberapa reti. insya Allah, bersama mendoakan perjalanan.
sekadar coleteh di kala malam mengambang.
wallahua'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)