Thursday, December 16, 2010

Apabila Nama Keluar Radio

wah...nama saya keluar dalam radio...thanks nasyid.fm

Status gtalk ana. seronok apabila nama kita beserta ucapan diudarakan oleh radio. ana ternampak peluang untuk meminta lagu i facebook nasyid.fm. dan ana minta sebab orang yang minta masih kurang. namun pabila sahabt ana, awangku dan jimey, menyedari tentang hal itu, habis die menyepam. maka jadilah adengan lawak dan dibaca pula oleh abg deejay.

Syukran abg deejay kerana putarkan lagu dan melayani karenah kami. [boleh refer gambar untuk faham lanjut]

seronok dan syukran nasyid.fm

[7.24am-sebelum pulang ke rumah]

Ziarah Rumah Ustaz Zuriat


Pada hari 1 disember 2010, ana dan sahabat-sahabat mengambil inisiatif untuk menziarah sahabat kami, dan pendokong kuat unit pentadbiran masjid [UPM], ustaz zuriat bersama keluarganya.

Ana mengenali ustaz zuriat ni, ketika ana memegang taklifan sebagai mas'ul Lajnah Rekreasi, Kesenian dan Kebudayaan [LRKK] yang mana, ketika itu, ustaz baru sahaja masuk berkhidmat di UPM. lantaran itu, banyak aktiviti yang dilakukan bersama, main volleyball, futsal even lawatan family day RM ke cameron highland pun turut disertai ustaz bersama keluarganya.


Insya Allah, semoga hubungan yang terjalin ini kekal hingga akhirnya. kita jumpa lagi di convo nanti.

syukran kepada bart untuk gambar.

[7.16am-update sebelum balik]

Sirru A'la BarakatilLah...


Buat sahabat-sahabat Petroleum Engineering, kitalah yang bakal menjadi benchmark untuk adik-adik dan UTP.

Banyak kenangan bersama yang dilalui, field trip/melancong ke cameron highland, field trip ke ganu[siap de excident] dan pelbagai peristiwa dilalui bersama.

seronok berkenalan dengan anda semua.

buat sahabat antarabangsa yang rapat dan x segan dengan ana, alfouti, james dan elyas, jemput la mai rumah..[translate sendiri]..

it's good to know you guys....




Langkah Terakhir

Tiba juga saat ini. setelah 5 tahun menempuh hidup sebagai seorang mahasiswa di UTP, akhirnya, tibalah saat pengakhiran.

hari ini, 16 Disember 2010, mungkin merupakan saat terakhir di UTP, setelah mengambil keputusan untuk stay lama di kala sahabat lain meninggalkan seawal mungkin. kisah-kisah lama, ana kenang kembali, bermula dari foundation, masuk degree. dari v2 ke v1, lama di V4 dan akhiri di v5. pelbagai pancaroba telah dilalui. ade zaman kejatuhan, ade zaman kebangkitan. memori yang pelbagai.

pagi ni, ana ke masjid untuk solat subuh. seronok melihat adik-adik Khemah Ibadah yang semangat ketika program. tambah semangat melihat facee-facee mengiringi adik-adik. tambah sayu tatkala terkenang Khemah Ibadah pertama kali dilaksanakan. penuh cerita duka dan suka.

insya Allah, hari ni, setalah memperoleh hardbound [hasil kerja FYP], ana akan menguruskan clearance dan pulang ke kampung halaman yang tercinta. buat warga UTP sekalian, jadikan UTP sebagai wadah untuk kita mempelajari apa itu erti hidup sebelum melangkah ke dunia luar.

"walau dimana anda berada, disitulah dakwah disampaikan"

p/s: perkongsian lagu/video clip best yang best....

video

Tuesday, November 30, 2010

Hari Lahir dan FDP Submission Day

Tanggal 29 November 1988, jam 7.33pagi, lahirnya seorang bayi lelaki yang comel. lahirnya di poliklinik taman melawati, berdekatan zoo negara [bukan dalam zoo negara], selangor. syukran buat mereka yang mengucapkan dan mengingatkan tentang diri ini semakin tua.

namun, 29 November 2010, seharusnya hari jadi disambut dengan pukulan bantal, makan bersama-sama, baca al-quran [cewah], namun, seharian ana bersama ahli-ahli group Field Development Plan berkampung di kafe v5. dah jadi macam kedai photostate, penuh dengan laptop, dengan printer, puncher dan kertas-kertas.

masing-masing tidak melakukan tanggungjawab sebagai seorang manusia kerana tidak tidur malam membuat wellflo, petrel, report dan sebagainya. orang rumah[housemate] tertanya-tanya bakpe pdotz menghilang.

Alhamdulillah, tepat jam 6.45 petang, kami berjaya menghantar report setebal 313 mukasurat [sama saiz dengan tentera badar] di rumah coordinator sendiri setelah diminta berbuat demikian.

syukran for my group, your are the best.

so, ni sedikit picture yang menarik untuk dikongsi.

penuh atas meja, 4 laptop 2 printer, 626 pages need to print

printer sampai x muat meja

report project tertebal sepanjang di UTP, sign macam nak sign contract

group picture without me

group picture without awangku

ana nak post pasal benda ni semalam, tapi, bile pergi bilik saudara bakri untuk tengok barang-barang jualan, ana tertidur tak bangun-bangun [qada' tdo 2 hari]

syukran buat semua. kamu dah 22 tahun firdaus....

[7.36am, sebelum g breakfast]

Sunday, November 28, 2010

Unoffcially Grad

Alhamdulillah, tanggal 25 november 2010, jam 12 tgh hari, tamatnya paper Advanced Drilling Engineering yang juga membawa maksud, tamatnya exam yang terakhir di UTP. kami secara tidak rasmi berjaya menamatkan tempoh lima tahun belajar di UTP. banyak kisah suka dan duka yang terpahat di memori. habis exam, kami, warga Drilling and Production Operation, First Batch of Petroleum Engineering merakamkan detik-detik terakhir bersama-sama. mungkin tidak bersua lagi, mungkin nanti bertemu, ada yang bertarafkan Prof, Ir, berpangkatkan Manager, Custodian dan macam-macam lagi.




Namun, sebenarnya, bebanan kerja masih lagi banyak. dengan Field Development Plan, [FDP] dan Final Year Project II [FYP II] masih belum dipresent.

~Dengan Nama Allah~


[credit to usop utk gambar]

Monday, November 22, 2010

Keletihan tapi Puas...

Alhamdulillah...

Di kala sume orang tengah sibuk dengan exam, ana disibukkan dengan kehadiran saudara mara yang datang negeri perak kerana perkahwinan sepupu ana di titi gantung. ada yang datang dari kelantan, selangor bahkan perlis pun ada. sume berkumpul di satu negeri.

Mak dan ayah ana sampai seawal sabtu dan menginap di hotel putra iskandar. one and only hotel in seri iskandar. baru dibuka sebulan yang lepas. cat pun tak siap lagi. cume, yang menariknya pintunya yang menggunakan touch card.

Hari ahad, menjadi pemandu pelancong kepada rombongan pengantin. katanya, dah arif dengan kawasan ni. convoi dalam 10 buah kereta. dah lama tak join rombongan pengantin. yang menariknya, SV FYP ana, AP Wan, juga terlibat dengan rombongan. [SV kawan baik ayah n pak cik ana]. juga yang join, sahabat-sahabat dari UTP, awangku dan faiz.[yang lain-lain sume sibuk nak exam]

Tiba di tempat kenduri, selepas pengantin mengambil tempat untuk makan baradab, tiba-tiba ana dijemput sekali untuk memenuhkan meja yang penuh dengan lauk pengantin. [petanda baik]

Dan yang terakhir, destinasi terakhir rombongan adalah masjid UTP untuk solat dan berehat disana. dan seperti biasa, ikan dan pintu automatik menjadi tarikan utama. abis kenyang ikan.

Alhamdulillah, mungkin Allah bagi peluang untuk ana menabur budi dan mengharapkan doa dari kaum kerabat sempena exam dan FYP/FDP ni. hampir sume yang bersalam memberikan kata-kata semangat sebelum pulang ke negeri masing-masing.

Jadi, ana kongsikan beberapa gambar yang memberikan memori manis:

Bersama Pengantin

Sepupuku dan ayah sedara

sepupuku yang dah besar rupenye

Gambar Ramai-Ramai

Kesimpulannya, letih tapi berbaloi.

p/s: ari ni, ana, awang dan jimey nak g irc. jom semua, tidur di irc lebih baik dari bilik.

[7.07am, hujan renyai-renyai]

Friday, November 19, 2010

Best Gak Jadi Final Year

Alhamdulillah...

Salam Eidul Adha. baru sahaja kembali dari rumah setelah mendapat arahan untuk pulang demi menolong kerja-kerja penyembelihan. ikutkan nak merasa beraya di UTP. hoho

Tengah-tengah bulan 11 [selepas 2 minggu] baru nak update blog. dek lantaran pengurusan masa yang tidak betul dan kerja yang agak berserabut. namun berjaya diharungi. Alhamdulillah.[walaupun kerja x seberapa]

Pastinya, jadi final year ni, agak seronok.walaupun dibebani dengan tugasan FYP dan FDP. sebab ape?boleh tengok jadual exam ana:



Nampak agak seronok, 2 minggu study week, boleh balik raya haji lagi, dan nampak macam test lak.namun, kemudiaannya bakal pening pabila presentation FYP dan FDP yang bermula 29 november ini.

Yang penting, dissertation dah disubmit... [isk2]

Papepun, selamat study dan selamat bertawakkal....

Sunday, October 31, 2010

Sayangi Tayar Anda

Hari jumaat yang lalu, on the way nak ke masjid untuk solat jumaat, ana ditegur oleh sahabat ana, saudara dinho berkenaan tayar kereta ana yang botak tepi. setelah diamati, keadaan tayar dah agak teruk, dengan rekahan yang dah wujud dan dah menampakkan jalur-jalur. dah petanda dah ni.

Mungkin banyak sangat berjalan ditambah pula rekahan yang sememangnya dari cuti sem lagi dah ada. [tiba-tiba terfikir nak hadkan jarak perjalanan, nauzubillah]

Jadi, hari ini ana gagahkah diri untuk pergi ke kedai servis kereta yang specialize dalam bab-bab tayar ni. ingat tayar ni je nak kne tukar, rupe-rupenye, adab tukar tayar, kne tukar dua-dua belah tayar. tertelan air liur dengar.

Dan, as usual, bile kite hantar servis kete, lain-lain problem akan dikesan olehnya. brek pad dah haus dan disc brek ade calar. disebabkan tu, jika tukar brek pad sahaja, brek pad akan cepat haus. jadi, disc brek kne dilicinkan.

Proses yang lama, ingat 30minit, tapi dari zuhur sampai ke asar ana tunggu. allignment dan balancing sume die buat sekali. jadi, sempat la ana snap beberapa gambar untuk tatapan:


Tayar Yang Haus Dan Nampak Jalur
Kereta Dah Diangkat
Senarai Tayar Yang Dah Tidak Digunakan
Tengah Buat Allignment
Dah Nak Siap

Alhamdulillah, kereta bertambah baik. senarai pembaikan yang dibuat:
- 2 tayar
- brek pad
- clean disc
- alligment
- balancing

masa ni, jari-jari menaip mesej kepada mak ayah. [pening kepala]

kepada sahabat-sahabat, sama-sama kita menjaga harta/amanah kita.

teringat kata-kata senior dahulu, 'kereta yang masuk syurga sebelum tuan dia'. [amin]

[12.30pagi, kembali dari kg. bali lepas tgk bola]

Wednesday, October 27, 2010

Pagi di UTP

Alhamdulillah, lama sudah tidak merasa suasana pagi gerimis di UTP. suasana indah ciptaan yang maha agung.

Rezeki Allah, buat mereka yang tidak tidur selepas subuh. jadi, lepas breakfast dengan saudara faiz omar, ana menangkap sedikit gambar untuk tatapan bersama. tapi, pastinya, suasana dalam gambar tidak menggambarkan keindahan yang dialami. [pakai kemera henpon E63, so 2 megapixel je la]


Lepas Keluar Dari Kereta

Tangkap Gambar Pokok

Setelah Penat Menaiki Tangga

Sepatutnya Ade Kabus Menebal, Tapi Tak Dapat Nak Amek

Semoga Allah mendamaikan jiwa hamba-hambanya.

Sama-sama menghayati KalamulLah dalam kitabnya al-Quran dalam surah Ali I'mran [ayat 190-191]

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal" [190]

"(Yakni) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka."[191]

Wallahua'lam.

[8.55am, kekenyangan dek nasi lemak v2]

Tuesday, October 26, 2010

Kisah Kambing


Insya Allah, ana baru balik dari berusrah bersama naqib ana yakni Ustaz Azmin.

Suatu cerita yang menarik yang ana dalam perkongsian usrah tadi berkenaan cerita pengembala kambing.

Ceritanya begini

Suatu dahulu terdapat seorang pengembala kambing yang sedang mengembala kambing. pagi, si pengembala mengeluarkan kambing-kambingnya, hinggalah ke petang.

Namun, ketika mengembala, si pengembala kambing ini tidur sahaja di atas batu, tanpa mempedulikan kambing-kambingnya samada dimakan serigalakah dan sebagainya.

Suatu hari, lalulah seorang pengembara di kawasan pengembala kambing itu. dia terkejut, melihat keadaan situasi kambing-kambing itu yang mana seakan-akan bersahabat dengan serigala. lantas dicarinya pengembala yang sedang tertidur itu.

Maka ditemuinya. lantas dia menanya kepada si pengembala, "Saudara sedang tidur, kambing-kambing saudara dibiarkan sewenang-wenangnya, namun, apa yang saya hairan adalah, kambing-kambing saudara dapat berkawan bersama dengan serigala. apa yang saudara lakukan?"

Si pengembala tersenyum, lantas ia menjawab,"Sesunggahnya Allah menjaga hati makhluknya. Sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan Allah, maka tiada masalah bagi Allah untuk mengawal hubungan antara kambing dan serigala".

Tamat cerita.

Apa yang ana boleh sampaikan melalui cerita ini adalah, fahamilah Islam sebagai cara hidup. jaga hubungan dengan Allah dan sesungguhnya Allah lah yang menjaga hati hamba-hambanya.

Kata-kata seorang tokoh pejuang islam, mursyidul am Ikhwanul Muslimin yang kadua, Hakim Hasan al-Hudaibi: Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak diatas muka bumi ini.

Wallahua'lam.

[jam 2.48, sedang menyiapkan sesuatu]

Thursday, October 21, 2010

Hidayah, Anugerah Allah

video

Sekadar sharing video yang ana ade.

Allah berhak memilih sesiapa yang berhak diberikan hidayah. bahkan, Nabi Muhammad S.A.W sendiri dalam memberikan saranan dakwah kepada bapa saudara baginda, Abu Talib, namun, Allah jua yang menetapkan anugerah hidayahnya.

oleh itu, penting bagi mereka yang mendapat hidayah ni berkongsi anugerah yang diberi. barakallah akh rubben.

"Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Qur'an yang merupakan ayat-ayat yang nyata; dan bahwasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki."
[Surah Al-Hajj 16]


[di hening pagi yang indah, 4.29am]

Monday, October 18, 2010

Mari Berdoa...

Waktu Mustajab Doa

Sumber dari: http://orgawam.wordpress.com/2008/09/08/waktu-waktu-mustajab-berdoa/

Ketika hendak solat


Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam
. Sabda Nabi s.a.w

“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?” ( HR Bukhari dan Muslim )

Waktu diantara azan dan iqamah . Sabda Nabi s.a.w

“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)

Ketika sujud dalam solat . Sabda Nabi s.a.w

“ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )

Selesai solat fardu. Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa :

“ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi)

Ketika berpuasa . Sabda Nabi s.a.w

“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

Malam Lailatu Al-Qadar . Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan . Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir .

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran . Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :

“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )

Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa . Sabda Nabi s.a.w

“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )

Sepanjang perjalanan semasa bermusafir . Sabda Nabi s.a.w

“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)

Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah . Hal ini berdasarkan sebuah hadis :

“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)

Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah . Sabda Nabi s.a.w.

“ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …” (HR al-Bukhari ) .

Hadis ini menjadi bukti jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimannya memuncak . Ini boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah . (Fiqhud Du’a , Bab siapa yang Mustajab Doanya )

Waktu menerima ujian . Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62 , yang bermaksud

“ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”

Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)

Ketika tentara Islam berhadapan dengan tentera musuh . Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda

“ Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” (HR Abu Dawud,hadis hasan )

Ketika ayam berkokok . Nabi s.a.w. bersabda

“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )

Sumber: http://adeqshah.multiply.com/journal/item/97

Tambahan,

Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

Doa Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)

Friday, October 15, 2010

Kisah Hari Jumaat


Insya Allah, di kesempatan pagi jumaat ni, ana nak share sebuah kisah yang dishare oleh sahabat ana yakni saudara jimey ketika liqa' al-mulk berkenaan hari jumaat ni atau lebih khususnya pasal solat jumaat.

Ceritanya begini,

Pada suatu hari, seorang lelaki berkepingan anak lelaki. namun setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, anak yang dilahirkan masih lagi bukan anak lelaki. buntu ia memikirkan masalah ini.

Lelaki ini, seorang yang agak jahil dalam bidang agama, lantaran itu, die membuat sumpah nazar yakni, sekiranya dia mendapat anak lelaki, maka dia akan berjumpa dengan bapak syaitan.

Maka, diizinkan Allah, isterinya melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan cukup sifatnya. dan terjadi perkara pelik terhadap bayinya, iaitu bayinya sentiasa menangis, tidak henti-henti melainkan tidur.[mcm ahmad albab] maka, peninglah si lelaki ini, mungkin lantaran sumpah nazarnya. mane pulak nak cari bapak syaitan. setelah dirujuk bermacam-macam orang, maka disuruhnya berjumpa seorang alim ulama'.

Berjumpalah si lelaki ini dengan alim ulama' dan mengadukan masalah ia. setelah lama berfikir, maka alim ulama' itu berkeputusan. "Pergilah ke masjid ketika orang solat jumaat dan bila habis solat jumaat, tunggu di luar dan jumpa orang yang pertama keluar dari masjid. mintalah ia dodoikan anakmu", kata alim ulama' itu.

Maka, tunggulah si lelaki ini diluar[die x solat sbb die jahil] menantikan orang yang pertama keluar dari masjid. bila keluarlah lelaki pertama itu, maka mintalah si lalaki itu mendodoikan anaknya. dan diizinkan Allah, bayi itu berhenti dari menangis.

Jadi...lalaki yang pertama keluar dari masjid adalah?

Ana x pasti tentang kesahihan cerita ini, namun yang pasti, mungkin cerita ini dibuat untuk memberikan teladan dan pengajaran kepada mereka yang tergesa-gesa dalam beribadat. dikhususkan untuk mereka yang solat jumaat. tunggulah sehingga imam selesaikan semua perkara, dan alangkah eloknya jika solat sunat selapas solat jumaat.

Insya Allah, semoga bersama mengambil iktibar. cerita ni dari saudara jimey dan ade sedikit edit dari ana.

baru perasan, dah cecah 3000 rupenye...

Selingan di pagi jumaat dan Selamat berconvo....

[jam 9.20am, sebelum menyiapkan assignment WST]

Thursday, October 07, 2010

Penyeri Rumah Kami


Alhamdulillah, seusai kembali dari makan diluar bersama sahabat-sahabat, kami dikejutkan dengan berita gembira. Kucing yang selalu berlegar-legar di rumah kami selamat melahirkan 3 ekor anak kucing yang kecil dan sempurna sifatnya.

kucing tersebut dilihat berlilau-lilau di segenap rumah mencari tempat yang sesuai untuk melahirkan zuriat. dari bilik Jimey dan Za'im hingga ke bilik alfouti [teman dari Chad] dia merayau. dengan perut yang sarat mengandung, setiap yang melihat pasti akan rasa terharu dan bangga. terharu dengan kasih seorang, [pembetulan, seekor] ibu demi anak-anak dan bangga kerana rumah kami yang dipilihnya. pemilihan rumah ni bukan disebabkan rumah bersepah, namun, lebih kepada rumah kami yang menyediakan suasana selesa dan selamat. [fuh, penat goreng]

dan, yang terpilih di kalangan kami, ahli-ahli rumah ini adalah rumate ana, yakni Mr. Anep. kata-kata dari anep, "aku sampai-sampai bilik, nampak kotak komputer bawah meja ni bergerak. tarik-tarik, rupenye kucing". perasaan anep ketika itu sedih campur teruja.

maka, sekali lagi, rumah kami diserikan dengan kehadiran 3 ekor anak kucing baru yang bakal menjadi penceria kami di kala balik dari keserabutan FYP dan sebagainya. sejarah lalu, kami pernah juga menerima kehadiran 3 ekor anak kucing dari ibu yang sama. 1 ekor mati ketika kanak-kanak akibat tersepit di pintu kerana kelam kabut nak g exam, 1 ekor mati ketika remaja, dikatakan dilanggar kereta depan V5A [sumber maklumat dari Zakwan], dan seekor lagi meningkat dewasa.

oleh itu, bersamalah kita menghargai apa yang ada di rumah. sayangi kucing bak sahabat nabi, abu Hurairah R.A yang digelar bapa kucing kerana kesukaannya terhadap kucing.

[ 11.35am, baru balik jumpe SV dan Gamelan]

~Selamat Mengundi Semua~

Wednesday, October 06, 2010

Pilihan Raya Kampus Datang Lagi



esok hari akan bermulanya sessi membuang undi. jadi bersamalah kita menunjukkan pilihan kita.

sekadar makluman/info, gambar iklan ni dibuat oleh rumate ana menggunakan komputer ana tanpa permisi...[ish2], die secara tiba2 meninstall adobe photoshop n memberatkan komputer.

xpe la...PrKnye pasal.

slamat mengundi sume. pilihan di tangan anda~

Tuesday, October 05, 2010

Alhamdulillah, Selesai...


Bulan syawal yang diperuntukkan adalah sebulan, namun, baru semalam ana berjaya menghabiskan puasa enam yang sememangnya disunatkan untuk ummat islam. disebabkan kekangan aktivit [banyak jemputan raya] puasa dihadkan untuk hari isnin dan khamis.

sekadar perkongsian[trademark blog jimey]dari ana yang ilmunya tidak seberapa hasil mendengari ceramah dalam radio malaysia kelantan [Kelantan.FM] dalam segmen tazkirahnya berkenaan puasa enam.

Rasulullah, pernah menegur sahabat-sahabat baginda yang terlalu ekstrem dalam beribadah, ada yang mahu berpuasa taknak berbuka, ade yang mahu beribadah malam hari sehingga tidak mahu kahwin dan sebagai. sedangkan rasulullah S.A.W sendiri berkahwin, makan dan sebagainya, insan yang dimuliakan oleh Allah.

oleh itu, puasa ramadhan selama 1 hari diibaratkan sepuluh berpuasa, jadi, puasa ramadhan 30 hari akan menyamai 300 hari berpuasa. untuk melengkapkan proses setahun berpuasa, maka selepas 1 syawal, ummat islam disunatkan untuk berpuasa 6 hari menyamai 60 hari berpuasa. jadi, hasil tambah semua menjadikan 360 hari berpuasa dan diibaratkan setahun berpuasa.

ade hadis nabi:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun."
(Hadis riwayat Muslim).

oleh itu, sesiapa yang tak cukup lagi tu, ayuh cukupkan.

ya Allah, terimalah ibadahku.

~gambar di atas tu adalah decoration masa ana intern dahulu yang mana, kami, PMU(POM) mendapat tempat pertama.


[10.22am, baru balik dari kelas]

Thursday, September 23, 2010

Jalan-Jalan Kuala Lumpur



Suasana di stesen bas taman maju agak padat dengan kehadiran pelajar-pelajar dari UTP dan UiTM. masing-masing ingin pulang ke kampung halaman demi menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta. aku juga termasuk dalam kalangan mereka. penat menunggu kelibat bas berwarna hijau, plusliner. tiket jam 4.30ptg, namun sekarang jam 4.45ptg. tercari-cari juga siapa yang dikenali untuk dijadikan teman berborak.

Bas Yang Dikunjung Tiba

Alhamdulillah, sampai juga bas. sedikit lewat. syukur bas datang dari tak datang langsung. aku memunggah beg-beg masuk di bahagian bawah bas. ade 4 beg semuanya, beg baju, beg laptop, beg baju kedua dan beg yang mengandungi kerja-kerja assignment yang diberikan lecturer tika cuti. setalah membetulkan tempat duduk rasa lega timbul. dapat juga balik setelah penat bertarung untuk dapatkan tikat balik raya.

Bas memecut laju dan melalui hadapan UTP, " Selamat tinggal UTP, Selamat datang rumah", aku tersenyum. lantas, jari jemari aku pantas menaip SMS untuk diberikan kepada sahabat-sahabat terutamanya yang belum balik. 'aku balik dulu, jaga UTP leklok'.seolah-olah berbaur ejekan.

Bas Tak Henti Pudu

Perjalanan memakan masa selama 2 jam setengah. insya Allah, sempat ni berbuka dengan keluarga. mesej ditaip, 'aus nak mama masakkan nasi lemak versi mama'. setalah 2 jam perjalanan, hasil perbualan dengan orang sebelah, rupa-rupanya, bas pada musim raya tak henti kat pudu. bas sekadar berhenti di stesen bas jalan duta. aku jadi kaget, "mne de LRT dan sewaktu dengannya kat stesen bas jalan duta".

Sampai sahaja di stesen bas jalan duta, aku turun. turut bersama denganku adalah sahabat seUTP, hanif namanya. alhamdulillah, ade bas transit ke pudu. dari situ, perjalanan menjadi seperti sedia kala.

Tengah naik bas, aku berkata kepada hanif, "kalau ade stesen LRT tengah jalan, kita turun, mudah sikit". masin rupanya mulut ni, kami terjumpa stesen LRT di tengah jalan. maka, dengan kelam kabut kami menekan loceng dan turun dari bas. jam menunjukkan jam 7 malam.

Beg Tertinggal

Eh, macam tak cukup satu lagi beg. barulah aku sedari, rupanya beg dah jadi 3. beg yang sarat dengan kertas-kertas assignment dan project tertinggal dalam bas tadi. maka aku mengejar bas tersebut. namun, kelibat bas hilang dari pandangan. aku pasrah. beg assignment je pun, Allah tak nak bagi aku buat assignment ni.[sempat bergurau lagi]. aku melupakan hajat untuk mengejar bas, melupakan beg assignment tu.

"Aku kat mane pulak ni?" disebabkan laju mengejar bas tadi, aku dah lupa jalan. di KL ni, semua jalan nampak sama. aku berjalan tanpa tujuan. aku dah sesat. jam tika itu dan 7.30, azan berkumandang. "pak cik, ada stesen LRT yang dekat tak?", aku bertanya kat seorang pekerja restorant di tepi jalan. dia diam, rupa-rupanya dia tak tahu bahasa melayu. kenalah aku speaking. tanya dimanakah railway station. tak tahu juga dia.

'Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus'

Aku berjalan tanpa arah. saat orang berbuka, aku berjalan tanpa arah di KL ni. teringat pesan mak, kalau kat Mekah, jika orang tersesat, kena baca ayat 6 surah al-fatihah:

'Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"

aku memejamkan mata. menenangkan diri, dan baca ayat ni. tiba-tiba, tiba sebuah bas rapidKL, tanya, "nak kemana dik?naik la".[bukan bas tu yang cakap, pak cik drebar bas tu]aku naik bas itu dan bertanya, mintak pak cik drop kat mana-mana stesen LRT. "erm, klu ade beg tertinggal kat bas macam mane nak ambil balik?", aku gagahkan diri untuk bertanya."adik kne buat report, kne pergi pejabat urusan dan sebagainya", jawab pak cik tu. complicated prosedurnya.

"Ok dik, dah sampai". rupa-rupanya stesen LRT paling dekat adalah di stesen Pudu. Alhamdulillah, dah tau jalan balik. aku menaiki tangga di Pudu dan melalui sebelah kawasan kaunter barang-barang."eh, tu beg aku", kaunter barang-barang hilang rupanya. kena buat balik la assignment ni. syukur tak terkira.

akhirnya

Asalnya nak berbuka di rumah, tapi aku sampai jam 9 malam.

Asalnya nak makan nasi lemak versi mama, tapi aku berbuka dengan air mineral dan buah potong.

Bertepatan dengan firman Allah:

"Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan"

Allah tahu apa yang terbaik.

p/s:
-posting ni asalnya nak post masa sebelum pulang ke kampung 2 minggu lepas.namun, saat posting ni nak disiapkan, UTP bergelap dan habis semua catatan tidak disave.
-ni pengalaman yang berlaku masa ana di 1st year 2nd sem, balik raya dengan bas dan sesat di KL.
-selamat hari raya buat para pembaca blog ini.

[supposedly sent on 3 september 2010, jam 6.45 pg then black out]

Wednesday, September 22, 2010

Alhamdulillah.

Alhamdulillah...

syukran pada saudara Afo a.k.a Ahmad Faiz Omar yang berjaya merungkaikan permasalahan yang berlaku di blog ni.

rupe-rupenye memang benda ni virus dan ramai orang yg memiliki blog terkena dengan virus ni dan ianya berpunca dengan calendar hijrah yang di jadikan widget untuk blog ni. apabila dah dibuang ianya pulih seperti sediakala.

turut dishare langkah yang dijumpai oleh saudara faiz:

In a new volume of the series "Tales Of The Hijacked Blogger Blogs", today we have multiple reports of blogs redirecting to "hijriah.jentayu.com/hijriah.php".

This tale is somewhat less exciting than the previous episodes in this long saga, however. The problem code, which is causing the hijacks, typically appears in various HTML gadgets, and is not difficult to find. The code appears to consist of simple HTML gadgets, intentionally installed by the blog owners.

You'll probably not find this hack by editing the template HTML code - it will be an HTML gadget, located in your sidebar or maybe the blog footer / attribution section.

If you use a text only proxy, like the Rex Swain HTTP Viewer or the Web-Sniffer View HTTP, you can retrieve the blog in safety. Then, do a simple text search on "hijriah.jentayu.com". You'll find something like

See the Title of the gadget above? If you title your gadgets, it's easy enough to find.

Having identified the offending code, use "Page Elements" and delete the HTML gadget. And be more selective, when choosing third party code.


dipetik dari http://blogging.nitecruzr.net/

insya Allah...syukran pada yang concern [sebut jimey n lain2]

Tuesday, September 21, 2010

Blog Kene Hack....!!!!!

Salam di hacking...

ya Allah, berilah hidayah kepada mereka....[xpasal2 xdpt bukak]

kemungkinan tindakan:

1- ubah ke wordpress
2- buat blog baru
3- cube selesaikan masalah ni...

credit tu jimey yg memaklumkan...

Monday, September 20, 2010

Ya Allah, Bebaskanlah Palestin

Bebas Palestin

video

La ilaha illaLlah
Muhammadur RasuluLlah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabiliLlah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Lagu : Nazrey Johani
Lirik : Frizdan/Nazrey Johani


bleh tgk di utube, or mintak kat ana lagu ni:
http://www.youtube.com/watch?v=8Zm2sTw3XpA

---------------------------------------------------
terdengar lagu ni mase otw balik ke kampus.terasa bersemangat...hasil gabungan rabbani, inteam, now see heart n saujana.

ya Allah, bebaskanlah palestin.jadikanlah aku tergolong dalam mereka yang membebaskannya....

[posting cukup syarat sbb ade byk keje nak kne submit ari ni]

Monday, August 30, 2010

Pemburuan Bermula [Fasa Ketiga Ramadhan]


Kemuliaan Ramadhan

Munsyid : UNIC feat In-Team
http://liriknasyid.com


Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar

malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan


------------------------------------------
Asyik-asyik, copy paste lirik. nak wat camne, kaedah yang menjimatkan masa. insya Allah, ade rezeki akan ade posting pasal Ramadhan.

Lirik lagu ni ana pilih kerana kita dah berada di malam pengakhiran Ramadhan. sedikit perkongsian dari sahabat ana berkenaan performance kita di bulan ramadhan. analoginya seperti bermain bola sepak yang ada separuh masa pertama dan ada separuh masa kedua. kita telah melalui fasa separuh masa pertama dan berapakah score kita? adakah 1 - 0, 0 - 0, 0 - 1, atau dibelasah 6 - 0 [mcm chelsea belasah fulham].jadi, sekiranya kita ketinggalan 0 - 1 kepada nafsu, kita perlu berusaha lebih untuk mendapatkan kembali mata. dan semestinya mahu menang besar.

tazkirah[ana kira] yang tidak seberapa dari ana. dan ana boldkan dalam lirik tersebut bahagian Lailatul Qadar.[Malam Seribu Bulan] dan ana menggesa sahabat termasuk diri ana untuk....


"Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'" - Al Muzzammil: 6

[Pagi Hening, 7.15am]

Monday, August 16, 2010

Muhasabah Diri..


AFGAN
PadaMu Kubersujud


gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

-------------------------------------------------------
Dari dulu, ana terdengar lagu ni, ingat kumpulan nasyid mana yang nasyidkan, namun, sangkaan meleset, rupenye dinyanyikan oleh Afgan.

tahniah, sebab menghasilkan lagu yang berupaya memuhasabahkan diri.

jika dilihat dari video clipnye, mengisahkan seorang anak muda yang kurang dari aspek keagamaan, x hormat ibu bapa, namun, Allah, memberikan hidayah padanya apabila anak muda itu bermimpi kemalangan akibat merempit.

lagu yang ana kira sesuai didengari tika qiamullail...[sebelum berqiam tu, hayati lirik lagu ni dlu].

bleh tengok lagu ni disini:

http://www.youtube.com/watch?v=nq90j9ykUf0&feature=related

[menanti saat tibanya subuh...5.46am]

Thursday, August 12, 2010

Pesalah trafik lega


Kabinet tarik balik tindakan senarai hitam sehingga 28 Februari tahun depan

PUTRAJAYA: Mendengar rayuan rakyat mengenai bebanan yang ditanggung, terutama bagi menghadapi musim perayaan, Kabinet semalam menarik balik serta-merta tindakan menyenarai hitam pesalah trafik sehingga 28 Februari tahun depan bagi membolehkan mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak akan menghapus kira atau memberi diskaun untuk saman yang belum diselesaikan itu.

Berita Harian sebelum ini melaporkan, sebanyak 10 juta notis saman ekor diabaikan atau tidak dibayar oleh pesalah trafik di seluruh negara sejak 10 tahun lalu dengan lebih sejuta kenderaan disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kerajaan mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai termasuk anggota Kabinet, selain mengambil kira musim perayaan Aidilfitri, Deepavali, Krismas serta Tahun Baru Cina yang disambut dalam tempoh penangguhan itu.

Bagaimanapun, mereka yang menjelaskan saman dalam tempoh penangguhan tidak akan diberikan mata demerit mengikut Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Kita nasihatkan mereka yang mempunyai notis kesalahan supaya menjelaskannya secara ansuran atau sekali gus dalam tempoh kelonggaran ini, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya, di sini.

Beliau berkata, perincian mengenai sistem membayar notis kesalahan yang tertunggak dan tempoh lesen memandu dan cukai jalan boleh diperbaharui jika tidak membayar saman tertunggak itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Kong berkata, kerajaan juga akan menambah baik sistem itu dengan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memenuhi pandangan rakyat, selain tidak menggalakkan pegawai penguat kuasa menyorok di belakang pokok bagi menguatkuasa undang-undang.

Katanya, semua lokasi yang dipantau CCTV akan diletakkan papan tanda mengingatkan orang ramai kawasan itu sedang diawasi, sekali gus mendorong mereka memandu secara berhemah.

Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan mahu meneliti dan membincangkan isu saman ekor dalam masa terdekat dengan mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk beban ditanggung rakyat.

Ditanya mengenai status senarai hitam seseorang pesalah yang mencabar tindakan itu di mahkamah, Kong berkata, sesiapa saja boleh mencabar notis kesalahan di mahkamah, tetapi tindakan menyenarai hitam tetap dikuatkuasa selepas tempoh kelonggaran berakhir.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 jelas menggariskan bahawa sesiapa yang memiliki notis kesalahan trafik yang belum dilunaskan, cukai jalan mereka tidak boleh diperbaharui sehingga bayaran dibuat, katanya.

---------------------------------------------------------------------------
-yg lega, termasuk lah ana....fuh....[term pesalah tu macam kne tukar....]

-esok kne g ipoh...kne g JPJ..

-syukur dpt renew road tax walaupun saman x selesai lg...

-ari ni minggu kereta sedunia...

[tika tunggu buka puasa 7.25pm]

Tuesday, August 10, 2010

Bila Nak Buat Road Tax...


hari ni...

Ana memperoleh pengajaran bermakna.

Untuk buat road tax [cukai jalan], banyak karenah dan wang yang dihabiskan. susah jugak bila ada kereta ni. insurans sahaja dalam rm500 untuk masa setahun dan ianya wajib jika untuk membuat road tax.

Namun, bila kerajaan membuat keputusan, setiap cukai jalan yang nak diperbaharui, perlu menjelaskan kesemua saman yang ada...ianya menjadi lebih perit. saman myVI hijau ni lak ade 3 semuanya. 2 area batu gajah dan 1 area kL. jumlah yang perit, walaupun semua ditanggung oleh pihak pemilik kereta [baca ayah ana].

Semestinya kesalahan ini dibuat oleh ana, yang memandu melebihi had, lupe memperingati sahabat untuk mematuhi had, langgar lampu isyarat yang warna merah dan sebagainya.

oleh itu, ana terpaksa juga mengaplikasikan beberapa perkara, ianya perit untuk dijalankan, namun bila perkara diatas berlaku, ianya perlu.

Mengaplikasi buku log kenderaan.

Sesape yang nak gunakan kete kne isi buku log dan dia punya kilometer. nampak macam leceh, tapi ana nak apply gak. mcm style company yang ade aset kereta.

Dengan ini saya berikrar

Akan,
Memandu kereta dengan kelajuan yang wajar,
Tidak akan melanggar lampu merah sewenang-wenangnya,
Tidak akan membiarkan sahabat membawa macam pelesit,
Menjaga kereta baik-baik,[basuh sebulan 2 kali]
Cakna dengan kereta,

Sayang buat ibu dan ayah yang menolong anakmu ini. insya Allah, anakmu ini pula yang akan menolongmu....

p/s:
- nak pi bwk kete kat jerman. xde dasar mcm kerajaan buat mcm skang.xde halaju n sbg.
- tetiba nak luahkan diblog, blog ana, suka ati ana la....
- selamat menjalani ibadah puasa...[syoknye ramadhan]

[minggu kereta pdotz sedunia ~ 10.32am, pasni nak kne g balai...best]

Monday, August 09, 2010

Ya Allah, Sampaikan Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ya Allah, sampaikanlah ramadhan kepadaku...

amin ya Rabbal A'lamin...


Bersama kita panjatkan doa agar ramadhan yang tinggal 2 hari lagi ini disampaikan kepada kita. teringat ana kisah arwah ustaz asri [rabbani] yang meninggal dunia akibat serangan jantung di ambang ramadhan. [kita sedekahkan alfatihah]

Universiti Tarbiyah

bulan ramadhan adalah peluang yang baik bagi ummat islam untuk meningkat amal tarbawi, dengan bi'ahnya yang dikehendaki...[penuh dengan suasana tarbiyah, orang ramai berduyun-duyun ke masjid]

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah). sumber harunyahya.com

jadi bersama-samalah kita menghayatinya...

cara yang ana sarankan:

1- prepare mutabaah[list amalan] yang nak dilakukan tika ramadhan.
2- perbanyakkan masa di masjid

ya Allah..seronoknya ramadhan...

[terbangun malam...2.33am]

Monday, August 02, 2010

Menanti Saat Tibanya Ramadhan


Alhamdulillah...

Dalam masa tak sampai seminggu lebih lagi, ummat islam akan menanti saat tibanya Ramadhan yang melia, Ramadhan yang diberkati...

Internship di Bulan Ramadhan

Bila ramadhan dah makin dikunjung tiba, terkenang pula pengalaman ketika internship dahulu yang mana, kami, batch jan 06, amat bertuah kerana merasai pengalaman internship tika bulan ramadhan. merasai nikmat berpuasa selaku orang yang bekerja dengan suasana hidup di Kuala Lumpur. betul-betul dirindui. saban malam, kami, geng-geng PV A-13-12 merencana surau manakah yang mahu dikunjungi tarawikh, yang selesa dengan air cond, yang padat dengan isi ceramahnya. hampir keseluruhan surau diterokai. begitu jua dengan bazar-bazar ramadhan yang setiap penjuru di kuala lumpur ini wujud.

Ukhwah Bersama Keluarga PETRONAS dan Balik Awal

Berpuasa Ramadhan di KLCC? sesuatu yang mungkin sekali je dicuba,[ni incase klu x dpt keje kat KLCC]. pada musim ramadhan inilah, kemeriahan surau al-muhsinin dipenuhi tatkala tengahari. seawal jam 12.30pm, segenap ruang di 'Gua Hira' dipenuhi oleh manusia aneka pangkat. dari Senior General Manager [SGM] hingga ke Exacutive, boleh dijumpai disana. yang pasti inilah masa yang digunakan oleh kami, trainee, untuk tidur bersebelahan SGM dan General Manager [GM].

Di PETRONAS, jika hari biasa, pulangnya adalah jam 5.00ptg.namun di bulan puasa, pulangnya adalah jam 4.00ptg.sebabnya untuk memberikan ruang untuk berbuka puasa bersama keluarga.Alhamdulillah...berfikrah jugak PETRONAS ni.

Rutin Ramadhan

Seawal jam 6pagi bangun dan solat subuh, either berjemaah di surau atau di 'surau rumah'. seterusnya menaiki LRT PUTRA ke KLCC dan selalunya sampai dalam jam 7.30pagi. buat kerja atau borak-borak sampailah jam 12.15pagi. masa ni, akan dapat mesej dari awang untuk ke 'Gua Hira'. 12.30pagi, sessi ukhwah bersama keluarga PETRONAS sambil dengar ceramah dari ustaz yang pelbagai. 1.30ptg, kembali buat kerja atau borak-borak. jam 3.45, selalunya dapat mesej dari zakwan untuk pulang bersama untuk ke bazar ramadhan di taman melati. dengan bajet rm10, beli juadah untuk diri dan sahabat serumah,selalunya terserempak dengan bart yang pulang dengan motor. jam 7.30ptg, berbuka bersama sahabat.[awang slalunya masak nasik].jam 7.45ptg, solat maghrib dan bersiap-siap ke surau pilihan.jam 9.45mlm, abis solat dan singgah di kedai tom yam or kedai burger untuk beli juadah sahur.jam 11.30mlm, after liqa' al-mulk, tidur dikawasan masing-masing sambil menanti dikejut oleh zakwan.

Banyak perkara yang mahu dikongsi tatkala ramadhan tika internship namun mungkin akan diceritakan pada posting yang lain. betul-betul nak cerita dan betul-betul rindu akan bulan ramadhan...

Ya Allah, sampaikanlah aku akan ramadhan.

p/s: cari gambar-gambar masa ramadhan x dijumpai akibat henset bertukar tanpa dipindah data-data yang berkaitan, jd, ana bg je la gambar mase decoration raya kat ofis dulu.

malam yang baru lepas hujan renyai-renyai~12.07am~