Monday, May 24, 2010

Ratu Nil [Yukabid]


Alhamdulillah, simple posting dari ana untuk minggu ni.

lagu dari album terbaru dari Hijjaz, Permata Hijjaz 1431. Album kali ini agak istimewa kerana konsep yang dipilih oleh hijjaz adalah orchestra. alunan muzik yang menarik diadun dengan lirik-lirik lagu yang indah.

lagu-lagu dari album ini:

1- Gurindam Berkasih
2- Embun Hidayah
3- Satu Amanah
4- Syukur Pada Mu
5- Ratu Nil (Yukabid)
6- Neraca Diri
7- Ala Baladi
8- Engkau Insan Sempurna
9- Kekasih Agung 1431
10- Iman, Islam, Ehsan
11- Kalimah Cinta

dan ana memilih lagu Ratu Nil (Yukabid) sebagai pilihan.

Siapa Yukabid?

Setelah penat menelaah, wanita mulia yang bernama Yukabid ini adalah ibu kepada Nabi Musa A.S. seorang wanita yang diberikan ilham oleh Allah Taala untuk menghanyutkan anaknya, seorang lelaki dek kerana kezaliman pemerintah, Firaun yang mahu membunuh semua anak-anak lelaki.

Nabi Musa A.S yang dihanyutkan di sungai Nil dan diselamatkan oleh isterinya Firaun, Asiah, Ratu syahadah. dipeliharalah Nabi Musa oleh asiah dan firaun sendiri.

perancangan Allah adalah yang terbaik, Nabi Musa tidak mahu menyusu oleh sesiap pun, maka asiah menjemput wanita-wanita yang berkebolehan untuk menyusukan Nabi Musa dan yang terpilih adalah Yukabid. [Allahuakbar]....

hayatilah kisah Yukabid dari lagu ini:

Ratu Nil (Yukabid)

Khabar itu merusuh jiwa
Titah yang dicerca semesta
Si kecil bergelar lelaki
Bakal korban si derhaka

Resahmu bertukar debaran
Ketika bergema ketukan
Di mana nak kau sembunyikan
Tubuh kecil tak berdosa

Alam bagaikan membisu
Arus Sungai Nil pun mengalir lesu
Mendengarkan tangismu
Saat menyaksikan
Bayimu yang hanyut bersendirian

Duka tak terbanding kata
Dan halus nalurimu terdera
Sungguh kerinduanmu hebat terduga

Teguhlah ibu yang mulia
Berpegang pada satu percaya
Berpisah bukan selamanya
Janji-Nya bukan dusta

Tika dipanggil ke istana
Lengkaplah kisah kasih yang sempurna
Bayimu kehausan
Lalu kau susukan
Menitis airmatamu kesyukuran

Nyatalah janji Yang Esa
Terpisah ‘tuk bertemu semula
Kau genggam kembali jemari kecilnya

Walau diam dalam rahsia
Terpujuk sudah hati yang hiba
Yang dirindu kini kau dakap bahagia

Yukabid engkau tamsil cinta
Lambang tulusnya kasih ibunda
Pengorbanan yang tiada mula
Dan tiada hujungnya


Pencipta Lagu
Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit
Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penulis Lirik
Atie (Hijjaz Records Publishing)

*irc 10.53am

Tuesday, May 18, 2010

Tragedi Si Comel


Selasa, 18 Mei 2010.

satu tragedi menyanyat hati telah berlaku di rumah kami, V5A L5.3, tatkala kami semua[pelajar-pelajar final year] menghadapi peperiksaan Jurutera Dalam Masyarakat [Engineers in Society], tatkala kami tergesa-gesa meninggalkan bilik menuju dewan perjuangan, ianya berlaku.

seekor anak kucing, [sebut si comel] telah kembali ke rahmatullah. akibat tersepit di pintu. peristiwa tragis ini berlaku apabila seorang sahabat kami membuka pintu lantas pintu yg automatik tutup tu tertutup dengan pantas. anak kucing itu tersepit kepalanya.[terlalu sukar untuk mengucapkan kata-kata].

anak kucing itu[si comel]

rumah kami amat bertuah kerana dihadapan pintu rumah terjadinya kelahiran 4 ekor anak kucing yang molek sifatnya. lantaran itu, kami menjaganya seperti anak sendri[ayat dri jimey]. tatkala ia lapar, kami kurangkan laparnya[beri sisa2 makanan, x larat nak bli whiskis n seumpama], tatkala ia dahaga, bakrilah yang membuat susu untuk mereka minum. hidup kami yang penuh keletihan akibat kerja x kira masa sedikit terubat dengan perangai anak-anak kucing ini.

kasih ibu
mengikut sahabat ana, awangku alizul namanya, tika anak kucing itu menggelupur kesakitan, ibu kucing itu menjilat-jilat akannya. dan tika ana kembali dari exam EIS yang kuat menggoreng, kelihatan ibunya masih lagi menjilat anaknya yang sudah tidak bernyawa. rasa pilu di hati. kasih ibu tetap dimana-mana.

berikutan itu

petang ni akan ade sessi menanam anak kucing, kami bukakan ruang buat sahabat-sahabat serumah untuk ziarah anak kucing tersebut dan khabarnya malam ni pun nak buat tahlil untuk ana kucing tu dan sessi mahkamah untuk hukum pesalah tersebut...[gurau je...gurau]

sayangilah binatang..

[bru lepas exam eis ni, kepala pun jd tepu, esok lak exam Malaysian studies...pecoh palo]

p/s:ikutkan ana xnak post pape this week, tp keadaan memerlukan...tribute untuk anak kucing tersebut..

Thursday, May 13, 2010

Study Planning

Alhamdulillah...

Baru sahaja pulang dari rumah di bangi demi melihat bonda yang baru kembali ke tanah air dari switzerland.

Lantaran itu, malam td, berjaya menyiapkan jadual study untuk final exam ni.



Org kata, jadual study ni retorik semata-mata. erm... ana x dapat menafikan namun bagi ana, jadual study ni lah yang menjadi pengikat. at least kita tau ape nak dibuat, xde la semborono je study..

Lastly, credit to kamal sbb providekan template study timetable yang memudahkan, sape nak templatenye bleh request kat ana...

Good luck for final exam...[jgn lupe tingkatkan ibadah]...

Saturday, May 08, 2010

Hanya Untukmu


sekadar perkongsian nasyid yang sememangnya menusuk kalbu[ana nangis bile dgr lagu ni]....lebih2 lagi kene dengan hari ibu....Hanya Untukmu.....

---------------------------------------

Selembut tanganmu membelai diriku ini
Bersarang cintamu penuhi ruang hati
Walaupun sengsara bertemankan air mata
Sanggup berkorban demi anak tercinta
Mendidik mengasuh walau hidup sengsara
Buat anakmu menjadi insan berguna

Kuingin membalas jasamu selama ini
Ketentuan ini kuserah pada Ilahi
Doa buatmu ibunda semoga bahagia
Di dunia juga di Akhirat sana

c/o
Cintamu duhai ibunda
Oh tiada tandingannya
Bak lilin membakar diri
Menyinar hidupku ini
Duhai ibunda tercinta
Kau ratu kau penyeri
Menyuluh cahaya dikamar jiwa

Kasihmu ibu pengubat diriku
Sepenuh hatiku hanyalah untukmu

Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
--------------------------------------------
currently, my mom in zurich, switzerland....

dijangka tiba di tanah air jam 3 ptg esok....

sahabat-sahabat, jom telefon mak....

p/s: gambar di atas tu adalah gambar ibuku bersama kawannya [juga tgh kat switzerland skang] mak cik roy...

Kerja dan Tekanan


alhamdulillah, minggu ini berjaya dilalui dengan semua perkara berjaya dijalankan.

minggu yang hectic...begitulah yang dapat digambarkan oleh ana. mostly, plajar-plajar UTP terutamanya plajar-plajar final year dibebani dengan workload akademik yang dikumpul saat-saat akhir. teringat keluhan/luahan sahabat-sahabat yang setiap hari dalam minggu tersebut ade perkara yang perlu dihantar dan ade test yang perlu dihadapi. macam ana walaupun x sehectic jimey[10 benda nak kne submit] bleh dikira agak tertekan.

hari isnin: hantar group project Engineering in Society, supposedly hantar Petroleum Production Optimization

hari selasa: hantar project Petroleum Production Optimization, supposedly hantar Interim Report for FYP 1

hari rabu: agak lapang, finalized interim

hari khamis: submit interim, study utk test esok

hari jumaat: test Gas Field Engineering

alhamdulillah, bile dah mcm dah berjaya dilalui hari-hari getir dalam minggu ini. dan syukur pada Allah, ana berjaya melalui test Gas Field Engineering tanpa masalah yang besar[walaupun study last-last minit] dan berjaya mintak kat supervisor utk submit interim report lewat skit dari asal.

tetiba ana nak wat rumusan berkenaan kerja dalam tekanan. mungkin dah dibiasakan dalam hidup kami plajar2 UTP atau mungkin ana terutamanya, seringkali membuat kerja dalam tekanan akibat tangguh kerja. terbiasa semenjak menyiapkan final report untuk internship. namun yg pastinya, kerja tersebut pasti dihantar tepat pada waktunya.[cara yang x elok tp mcm berkesan].

jd, kesempatan ini, ana ucapkan slamat menghadapi study week....[skejap je nak exam]...

tambahan berkenaan mak ana, insya ALlah, esok penerbangannya ke tanah air yang tercinta. bersama kita mendoakan keselamatan mak ana...

wallahua'lam...

Sunday, May 02, 2010

Ibu....Ibu.....


7.05 pagi, khamis, 29 April 2010
Masjid an-Nur lepas baca al-ma'thurat

mesej dari ibu:

doakan perjalanan mama selamat..

7.13 pagi, Jumaat, 30 April 2010
Kedai Pak Ali, village 1, sedang makan roti canai

mesej dari ibu:

Alhamdulillah, mama bru sampai je dri dubai ke zurich. kat sini kul 12 malam. cuaca sejuk skit...

9.48 pagi, sabtu, 1 Mei 2010
tepi sungai perak, sedang berkhemah

mesej 1 dari ibu:

i'm fine...local time now 3.38pg. kul 4 subuh..jap lg mama nak berangkat ke paris. train kul 6.50am. he...he...smlm mama jalan kaki g merayau ke pekan Baden.. cantik betul...aus nak jam ke?..byk jam kat sini...

mesej 2 dari ibu:

nanti mama beli bunga tulip kt menantu mama...byk dah mama ambik gambar...cantik sgt..

[yg ni aku x paham]...

Al-kisah.....

ibuku diberi peluang bersama sahabiah seusrahnye..[geng2 muslimat bangi fasa 4] untuk menziarah rakan yg berada di zurich, switzerland. perancangan yang telah lama dirangka dan alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk mereka pergi ke bumi banjaran Alps...

masa lawatan adalah 9 hari, dan insya Allah, sama-sama kita doakan perjalanan mereka selamat pergi dan pulang....

anakmu yang merindui....

'Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.' [surah Luqman, 14]