Wednesday, July 21, 2010

Hebatnya Sahabat Nabi...


Assalamualaikum dan salam lama tak bersua. Alhamdulillah, diberikan kelapangan masa dan dimanfaatkan untuk mengepost dalam blog yang seakan-akan bersawang.

Insya Allah, ana akan berkongsi berkenaan cerita dari sahabat nabi yang bernama malik an-nadha. cerita ni ana peroleh tatkala menghadapi siri-siri tarbiyah dan disampaikan oleh seorang ustaz dari negeri Pahang.

Wajah Kurang Kacak

Sahabat nabi ini, mempunyai wajah/rupa yang agak kurang kacaknya. hitam, walaupun hitam itu perileys. miskin, tiada berwang dan macam-macam lagi. lantaran itu, sahabat nabi itu mempunyai masalah dalam menguruskan dirinya untuk mencari pasangan hidup dan berkahwin.

Jumpa Nabi

Lantaran itu, beliau bertekad untuk menjumpai Nabi dan mengadukan masalahnya. maka, Nabi Muhammad S.A.W menyuruhnya pergi ke sebuah rumah di pinggir madinah dan menikahi anak pemilik rumah tersebut. maka bergembiralah sahabat nabi ini dan terus pergi untuk menikahi anak gadis pemilik rumah. seusai sampai di rumah itu, maka berjumpalah sahabat nabi itu dengan empunya rumah. maka dinyatakan hajatnya.

Dihambat Dengan Parang

Tuan rumah meminta izin untuk pergi ke dapur. keluar sahaja dari dapur, segenggam parang di tangan tuan rumah itu. maka dihambatnya sahabat nabi itu. lintang-pukanglah si sahabat nabi itu. kejadian itu diperhatikan dengan jelas oleh anak perempuan pemilik rumah yang jelita bak straweberi di cameron highland. maka bertemulah ia dengan ayahnya, si pemilik rumah. katanya: "adakah ayah mahu mengingkari arahan dari Rasulullah?...aku tidak sanggup, maka aku mahu menikahi lelaki tersebut"[kata-kata rekaan dari ana, namun maksudnya begitulah]

Berjumpa Rasulullah S.A.W

Maka, pemilik rumah pun berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan menyatakan kemaafannya dan menerima pinangan dari sahabat nabi itu. maka bergembiralah si sahabat nabi ini. namun... terdapat satu lagi permasalahan, dia mana ada duit untuk berkahwin. maka diadukan kembali kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah menyuruh si sahabat nabi ini berjumpa dengan Saidina Abu Bakar.

Berjumpa Abu Bakar As-Siddiq

Berjumpalah si sahabat nabi ini dengan Abu Bakar dan menyatakan tujuannya. maka dengan senyuman dermawan, Abu Bakar menyerahkan 1000 dirham kepada lelaki tersebut. maka dapatlah si sahabat nabi itu membeli keperluan untuk bernikah.

Namun...

Semboyan perang dibunyikan menandakan akan berlakunya perang. semua muslimin yang tidak uzur diwajibkan untuk berperang. melihat keadaan itu, maka si sahabat nabi menggunakan semua wangnya itu untuk membelikan kelengkapan perang dan jihad fi sabilillah. syahid lah sahabat nabi itu di medan jihad...Allahuakbar...

tamat cerita...

Beginilah perihal sahabat nabi yang bernama malik an-nadha. mereka-mereka inilah yang mana sanggup meredah lautan api bersama Rasulullah.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [at-Taubah:41]

~3.17 pagi...indah dan heningnya pagi~

2 comments:

Provillager said...

wah lewatnya tidoo..praktis bangun sahur ke..haha.
btw, nice sharing.

dOtZ aL-BanGi said...

ya Allah..kami merindui Ramadhan...