Salam,
Ana disoal oleh seorang sister di UTP tentang pemakaian baju hitam ini disebabkan dia dan kawan2nya telah memakai serba hitam hari ni (pre-ROQ) lantas dihentam beberapa pihak yg mengatakan tidak perlu pakai hitam. Hujah mereka menghentam mereka mengatakan seolah2nya sisters ini berkabung dan mengikut orang kafir berkabung yg mana ia dilarang dalam Islam. Maka orang2 yg menghentam ini mengatakan "buat macam biasa je".
Ana pun tak sure buat macam biasa tu ape yg dimaksudkan olehnya. Kalau boleh ana pun nak tahu ape yg dia buat utk tunjuk concern tentang ROQ?
Bagi ana, ana sungguh kasihan dengan pemikiran cetek begini yg terus menghukum mengatakan HITAM bermaksud BERKABUNG. Jumping into conclusion sebegini amatlah kelakar bagi ana sebab bila masa dan tarikh yg telah dunia isytiharkan bahawa HITAM HANYA bermaksud utk BERKABUNG?
Hitam can represent anything in the world. Antum bukak sini jela
http://en.wikipedia .org/wiki/ Black. Black boleh represent positive dan juga negative. Takde masalah dengan itu. Black bukan sepanjang masa adalah negative. Kalau orang arab pakai Abaya serba hitam belaka..adakah mereka berkabung??? Adakah anda memakai kereta warna hitam adakah bermaksud berkabung? Adakah bendera Khilafah Abbasiyyah yg menggunakan hitam sbg bendera mereka dikatakan berkabung (menurut wiki tu la..kalo ana salah tolong betulkan)?? Adakah kita menulis dengan pen hitam bermakna kita berkabung?? Utk associate hitam dengan berkabung sahaja macam tak cukup kuat.
Ya ana katakan memang HITAM kadangkala dikaitkan dengan kematian oleh sesetengah pihak. Tapi kita tidak boleh mengatakan ia sebagai dalil & bukti haram memakai serba HITAM? Atau antum ade dalil yg boleh diterima pakai bahawa kita haram memakai serba hitam?
Dalil
"Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka" bagi ana tidak boleh dijadikan dalil utk perkara ini kerana kalau kita hanya ambil pakai hadith ini jadi dalil, maka ape hukumnya
kita memakai kereta? mereka pun pakai kereta? diaorg pakai seluar, kita pun pakai seluar..ade hitam..ade merah..ade putih..ade biru. So kene tengok ape yg sebenarnya hadith ni nak kata. Berikut petikan yg diambil dalam al-ahkam.net disebabkan ana bukanlah muhaddith yg boleh sesuke hati nak explain hadith tu:
Sebenarnya umat Islam dilarang menjadikan orang-orang bukan Islam sebagai idola mereka dan meniru-niru pula cara hidup mereka . Ini disebabkan umat Islam adalah umat yang terbaik di sisi Allah Ta'ala dan merekalah yang sepatutnya ditiru ., bukannya meniru .
Lantaran itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda dengan maksudnya :
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " Kamu pasti akan mengikuti sunnah ( cara ) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang dhob sekalipun, kamu tetap akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani ? . Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi ? " ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim ( rahimahumalLah ) .
Sebagaimana yang telah kita nyatakan di atas , demi mengekalkan jati diri dan syaksiah umat Islam , maka mereka dilarang menyerupai orang-orang bukan Islam . Larangan ini merangkumi :
1 – Aqidah dan Kepercayaan – Tidak boleh sama sekali menganut apa-apa aqidah , kepercayaan dan ideologui yang tidak berasal daripada ajaran Islam ( Al-Quranul Karim dan as-Sunnah as-Sahihah ) .
2 – Ibadah – Tidak boleh memandai-mandai sendiri " mereka-cipta " ibadah mengikut sesuka hati sendiri kerana itu adalah perbuatan para pendita golongan bukan Islam .
3 – Akhlak & Kehidupan sehari-hari – Tidak boleh meniru-niru orang-orang bukan Islam di dalam akhlak dan kehidupan sehari-hari kecuali di dalam perkara-perkara yang dibenarkan .
Contoh yang dibenarkan :
A – Mencontohi Bangsa Jepun yang gigih berkerja dan menepati masa ( walhal kedua-dua itu adalah tuntutan Islam , namun disebabkan umat Islam sendiri melupai ajaran Islam , maka umat lainlah yang mempelopori nilai-nilai murni yang diajar oleh Islam ) .
B – Mencontohi sikap masyarakat Barat yang pandai menjaga kebersihan ( walaupun kebersihan zahir sahaja ) .
C – Mencontohi sikap masyarakat Cina yang gigih berkerja dan berusaha ( anak mereka kalau tak lulus PMR terus kerja sebagai kuli di workshop dan selepas 10 tahun kuli ini akan menjadi tokey besar . Tapi anak Melayu , lepas PMR tak mahu kerja , tak mahu belajar lagi , masuk SAR dan Pondok pun takut dituduh " pengganas " dan " militan " , akhirnya menjadi seorang " doktor sendiri " yang berjaya disumbatkan ke pusat – pusat serenti ) .
D – Orang-orang bukan Islam berpakaian neck tie ( bertali leher ) , berkot , berkemeja dan sebagainya . Tidaklah salah umat Islam hendak memakai pakaian seperti ini sebab tiada dalil yang menegaskan bahawa pakaian umat Islam HANYALAH serban dan jubah semata-mata !.
E – Walaupun boleh berpakaian seperti mereka , tetapi ada cara berpakaian YANG HARAM DITIRU BAHKAN IANYA BOLEH MEMBAWA KEPADA MURTAD PULA seperti pakaian-pakaian khas yang dipakai oleh pendita-pendita ataupun sami-sami mereka ataupun MEMAKAI RANTAI BERSALIB .
Umat Islam yang pernah berlakon sebagai seoang Sami Budha yang berpakaian lengkap berwarna kuning @ merah dan berkepala botak , seorang paderi yang menggantungkan salib di tengkuknya , berlakon menyembah berhala-berhala yang dipuja-puja mereka ini WAJIBLAH DINASIHATI DAN DIMINTA AGAR BERTAUBAT SEGERA ! .
Ertinya di sini , selagi ada ruang yang BOLEH KITA BERBEZA dengan mereka , maka WAJIBLAH KITA BERBEZA dengan mereka !
Tetapi jika tiada ruangan yang membolehkan kita berbeza dengan mereka , maka tidak mengapa kita menyerupai mereka itupun di dalam ruang dan batas-batas yang terhad . Contohnya di dalam menggunakan sains teknologi yang mereka hasilkan disebabkan kita sendiri lemah daripada mencipta rekaan-rekaan baru seperti itu . Dan kelemahan kita itu tidak syak lagi disebabkan kita sendiri lupa dan lalai daripada ajaran-ajaran agama kita yang suci ini !!!Point E mengatakan bahawa pemakaian yg diharamkan menjurus khususnya kepada pemakaian yg boleh merosakkan aqidah seperti pemakaian2 yg berkaitan secara langsung dengan keagamaan mereka. Tetapi bolehkah kita mengatakan bahawa warna HITAM berkait dengan keagamaan dan ritual mereka semata2??
Adakah kita memakai serba hitam mengatakan kita meniru2 mereka? Takde la plak ana cadang "ok..jom pakai serba hitam macam orang berkabung".
Allah menciptakan pelbagai warna dalam dunia ini, takde pulak fatwa mengatakan haram memakai warna itu dan ini kerana ia menunjukkan itu dan ini?
Mungkin ya kebetulan hitam dikaitkan dengan kematian, kabung, etc2. Memang ada ruang utk kita berbeza dengan berkabung ini. Boleh sahaja kita cadangkan warna lain tidak ada masalah. Tetapi kenapa kita memilih HITAM utk ROQ? Berikut adalah hujah ana:
1. Warna yg common yg kebiasaannya ramai yg ade. Especially akhawat yg warna tudung dominantnya adalah hitam & putih (betul kan? sepanjang pengamatan ana la). Kita tak mampu nak mencari baju yg berwarna hitam, merah, hijau dan putih sekaligus bagi menunjukkan ia lambang Palestine (amik warna bendera palestine). Pemilihan merah & hijau juga dilihat tidak sesuai dengan pemilihan tudung & seluar secara umum. Manakala putih tidak boleh dijadikan pilihan utk Nakbah & ROQ ini.
Kenapa tak pilih putih utk ROQ?
2. Hitam melambangkan kegelapan. Tanpa sinar.. Sedih. Sepertimana keadaan di Palestine pada hari ini yang tidak diberikan harapan dan sinar utk mereka merdeka. Seperti orang Palestin yg kini sedang bergelap tanpa bekalan elektrik.
Setakat itu sahaja niat HITAM yg telah diagendakan. Tidak ada kena mengena dengan kabung seperti orang kafir, tidak ada kena mengena dengan Black Metal, tidak ada kena mengena dengan gothic, tidak ada kena mengena dengan ilmu HITAM, tidak ada kena mengena dengan ahli sihir hitam (whitch) dan yg tidak ada kena mengena dengan Islam dan diharamkan Islam..tidak kita ambil sebagai alasan terhadap perkara ini. Seluar putih & baju putih juga boleh dikatakan sedikit tidak sesuai utk sesetengah orang terutamanya apabila keadaan hujan dan keadaan yg tempatnya kotor.
3. Sebagai menarik perhatian umum bila beramai-ramai memakai hitam, ia menunjukkan ada sesuatu yg ingin ditunjuk. Sebab itu kita menggalakan SERBA HITAM. SERBA means ALL. ALL BLACK. From head to toe kerana bila pakai separuh2, ia tidak ada beza dengan pemakaian harian. Tapi bila SERBA, it means a different thing.
Kalau nak selamat, pakai baju serba hitam beserta dengan button badge palestin atau mafla. Atau yg seumpama dgannya supaya apabila mereka lihat, merek terus tahu kenapa serba hitam bila ada lambang2 berkait dengan Palestin.
Tidak perlu kita mengaitkan perkara2 lain yg berkenaan HITAM yg kita sengaja ingin condemn usaha sesetengah pihak lantas mengukumnya tersasar dari aqidah ummat Islam. Jika tak mahu turut serta, tidak perlu menghukum dengan begitu mudah hanya kerana kita menunjukkan simpati & prihatin terhadap isu Palestin ini. Warna adalah pilihan. Pilihan pula ada khilaf. Kalau pihak yg nak berpegang bahawa hitam itu berkait dengan kabung dan diharamkan, tak mengapa sebab itu pegangannya. Boleh nak pakai serba warna lain pun tidak kisah utk tunjukkan kprihatinan kepada Palestine. Tapi utk memudahkan keadaan, kita promote 1 warna je which is BLACK utk menunjukkan kesatuan kepedulian kita.
Atau ade cadangan yg lebih baik???
Wallahu'alam, segala penambahan, pembetulan, nasihat & kritikan dialukan.
Wassalam
p/s: i can't believe i have to write and explain about this..well if it's for the benfit of all, tpaksalah nak terangkan perkara yg sebenarnya tak perlu diterangkan. . --
ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
oh Allah please forgive me for giving wrong knowledge to others.
------------------------------------------------------
ana copy paste dri email yg difoward pd ana..harap sume dpt penjelasan yg baik utk next ROQ...
jazakallah....