Tuesday, November 18, 2008

Khemah Ibadah.......

Alhamdulillah.

Buat julung-julung kalinya semenjak penubuhan UTP dan Rakan Masjid, semester ini insya Allah akan diadakan satu khemah ibadah semasa cuti sekolah pada 21-25 Disember ini.

Fokus khemah ibadah ini ialah untuk membina kesedaran peserta dan ajk untuk berubah menjadi muslim yang sejati dengan penekanan kepada aspek ibadah, akhlak dan muamalat.

Bertempat di Universiti Teknologi PETRONAS dan dibimbing oleh mahasiswa/i UTP sendiri, program ini Insya Allah bakal menghasilkan produk yang akan lebih bermotivasi untuk menuntut ilmu.

Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM 100 sahaja untuk 5 hari/ 4 malam .Satu pelaburan yang amat berbaloi!!! Yuran ini amatlah murah jika dibandingkan dengan kos sebenar makan/minum, penginapan , peralatan, penceramah dan lain2. Ini disebabkan kerana pihak penganjur iaitu Unit Pentadbiran Masjid UTP dan Rakan Masjid UTP berhasrat ingin menjadikan program ini sebagai progam kebajikan dan bukannya sebagai projek mencari keuntungan.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 50 tempat khas telah disediakan khusus untuk anak2 yatim sekitar perak yang terpilih dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mereka. Tawaran dibuka kepada mana-mana individu untuk menampung perbelanjaan anak yatim2 tersebut sebanyak RM 100 satu individu.

Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya dibuka kepada 300 orang peserta sahaja. Umur peserta hendaklah dalam lingkungan 10 -15 tahun. Setakat ini, sudah hampir seratus penyertaan diterima (tidak termasuk 50 orang anak yatim) walaupun hanya baru beberapa hari promosi dijalankan. Semua sekolah sekitar daerah Perak Tengah sudah dihebahkan dan iklan pun sudah diwar-warkan di Radio Perak. Bahkan, ada lebih kurang 5-10 orang peserta luar Perak seperti Selangor dan Pulau Pinang sudah pun mendaftarkan diri.

Mudah-mudahan program khemah ibadah ini dapat melahirkan anak2 yang super soleh dan super muslim. Amin.

Jika ada sebarang pihak berminat untuk "sponsor" anak yatim, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi individu-individu ini:


Unit Pentadbiran Masjid UTP :

Ustaz Dawi Cahyono Nurdin (012-589 6033)
Ustaz Rahmat Abu Seman (016 - 422 1418)
Ustaz Zuriat Omat (013-440 7678

Rakan Masjid UTP :

Presiden : Mohd Hakim Mohd Nor (019 - 4504 360)
Pengarah : Wan Abdul Muid (019- 522 9727)


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk poster di bawah



p/s: kalau ada adik, sepupu, anak saudara, kawan yang dalam lingkungan umur ini, hebah2kanlah ye... selagi tempat masih ada.... (^_^)v

-------------------------------------------------------
difoward dri presiden Rakan Masjid....[dah mintak kebenaran...]

Saturday, November 08, 2008

Air Mata Keinsafan..


Air Mata Keinsafan
by Nazri Johani


Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

---------------------------------------------
lagu ni dipasang start dri study week lg...terngiang2 di kepala ana n rumate...

best woo..harap dpt hayati...

jazakallah....

Monday, November 03, 2008

Malam Safari Jalan di ZOO Taiping...



assalamualaikum...

disini ana nak membukukan tentang kisah usrah wida' 16A[name grup usrh kitorang] yg dijalankan bru2 ni...tempatnye dimane?...ana bg teka-teki, tempat manekah ade unta berbuih?...tau x jawapannye?...mudah je...yakni ZOO taiping...night safari...jd..ana ingin mencoretkan tentang kisah perjalanan kami di sana...

idea utk pergi ke sana sudah lame terukir di benak fikiran ahli2 usrah...lebih2 lg sahabat ana, haiqal...dri tahun lps lg die ngidam nak g..pt asyik tertunda sbb x smpt[over time limit]....akhirnye..setelah percubaan ketiga, walaupun agak adhoc utk wat...alhamdulillah..tercapai jugak impian...ari jumaat,31 oktober 2008 tersemat dlm sejarah hidup haiqal...hehe..

perjalanan bermula di saat/jam 8 malam yakni lps ana sendri abis test CM[computational methods] yang agak memecahkan kepala..semua berkumpul di masjid annur yg indah berseri...izzu ditugaskan utk mencari kereta...setelah dibacakan doa perjalanan, maka dimulakan pengembaraan kami.....ana menaiki kereta onner yg amat membingitkan telinga..mcm mne la onner dpt tahan....kereta yg dipandu agak laju sehingga perjalanan ke taiping seolah2 perjalanan ke taman maju[hebatnye metaforanye]..

kesampaian kami disana disambut ceria oleh mak cik tiket...tiba msenye haiqal[si VIP] utk membuat majlis membeli tiket sambil dilimpahi kemera2 yg menangkap...rsenye kami yg terakhir...sampai sane kul 10, zoo tutup kul 11 tp bleh extend...msuk2 je, nampak kereta api...niat dihati mahu dinaiki..tp hasil syura suh jalan2 dlu...jd...haiwan pertama yg dilihat adalah burung hantu....zoo disana sememangnye byk haiwan yg bersifat noctural[btul ke] yakni aktif diwaktu malam....apabila masuk tu, kami seolah2 bersifat kanak2 tadika/pasti yg hilang kawalan....seolah2 mcm xnah msuk zoo...berlari ke sana-sini...



mcm2 ade kat zoo taiping ni...ular, buaya, yg paling menakjubkan adalah ikan arapaima yg diletakkan di kolam terbuka...terkejut ana...sbb kat zoo negara die kurung ikan ni...kat sini, kat tepi kolam je...klu jatuh jd la supper ikan tu...mcm2 repekan dibuat oleh sahabat2...slamat ana diam je...[haha]...perjalanan yg dilalui adalah sejauh 2.5km[mengikut ape yg ditulis kat peta tu]...kat sini ana turut senaraikan haiwan yg xdpt dilihat, jimey ckp nak kutip balik duit tiket sbb xdpt tgk haiwan2 ni...
1-badak sumbu
2-jokut[nak tau ape die?...tanye bart]
3-ade lg mcm ular n lain2]..

alhamdulillah..abis perjalanan tu, sume letih n kelaparan...nak jalan pun x larat...lantas teringat pelan asal utk naik kereta api sblum balik...namun agak mengecewakan sbb die nak tutp dah...agak terkasima gak...setelah mengambil gambar yg besifat pelik...maka ingin pulang lah kami...mse kuar je..trus diorang tutup gate...nampak sgt pemergian kami dinanti2kan...hehe...

urusan seterusnye adalah solat dan usrah...maka dicarinye masjid utk wat kewajipan tersebut...lps pusing2.maka tiba di masjid di taiping tu...maka solatlah kami dan diusrahkan kami ttg tujuan kite melawat zoo n sbg...utk huraian isi usrah bleh refer blog zaim ye....dlm usrah sume diminta wat luahan hati masing2, sambil direkodkan oleh MP3 jime...amalan setiap kali usrah wida'....

urusan seterusnye adalah makan....haha..mne la abg hakim bwk kitorang ni...berikut menu yg ditempah:
1-abg hakim-nasi goreng sotong masak merah
2-bart-nasi goreng usa
3-ipe-same seperti bart
4-jime-same seperti ipe dan bart
5-haiqal[vip]-tom yam ngan nasi putih
6-izzu-nasi goreng daging rusa
7-bakri-tom yam campur, daging masak merah dan nasi putih..
8-anggurian-kuew tiau goreng kosong
9-za'im-dirahsiakan..nak tau kne tanye si die[refer blog zaim]...
10-ana-nasi goreng murah...haha..[nasi goreng cina n daging masak merah]

alhamdulillah...sume full ngan makanan lak lps full ngan ilmu...hehe..[ana rse mcm x cukup je]...


perjalanan pulang diteruskan utk merencanakan kehidupan di kampus...sampai2 dah kul 5 sbb hantar jimey ke tempat lain kat gopeng...study week dah dekat...jd ana isytiharkan peperangan terhadap sifat malam...

kempen perang huruf M

sekadar itu sahaja coretan ana kali ni...rmi suh wat cite psl zoo taiping ni..jd ana pun wat la...sbb de skit kelapangan mse...

nasihat dri ana:

1-pergi ke zoo taiping[meskipun rmi ckp dah g, rasailah kelainan pergi ngan sahabat2]
2-apabila sampai zoo, naik kereta api dlu bru jalan....[pengalaman]..

jazakallah...