Friday, January 23, 2009
Kuning Utk Berhenti...
assalamualaikum....
alhamdulillah, ana diberikan peluang utk menaip setelah dirunguti oleh jimey...sebenarnya xtau nak cite ape sgt... fikir punye fikir, teringat la kejadian smalam yang mana merupakan pengalaman dlm hidup ana yg pertama berlaku...
ianya bermula begini, saat ketika habisnye solat hajat sempena permulaan semester di masjid an-nur, yakni kul 12.30 malam, terbuka di fikiran hati utk melanjutkan hajat utk mengisi perut di restoran 'fikrah jelas' yakni tom yam tropika....alhamdulillah, dpt ditemani oleh sahabat seusrah yakni jimey[pelawak handalan] dan haiqal[tarafnye hampir ke langit]...
seperti biasa, istilah jumbo/jag ambo digunakan di blakang term air yg ditempah membawa maksud gelas gergasi yg mana, utk kes2 yg berlaku, sekiranya cawan itu habis, ia akan gunakan jag...jadi, tempahlah kami makanan pula yg mana haiqal menempah kuew tiau goreng, si jimey pula seperti biasa, nasi goreng kampung and ana lak cube yg baru iaitu nasi goreng cina...ditambah akannya, masing2 telur dadar...
setelah dimakan dgn lahapnye, maka dibayar pula...alhamdulillah, cukup duit sbb yg dibawa time tu just 20 ringgit je...perjalanan pulang dimulai...saat ana membawa kereta ana ke simpang kg bali utk U-turn, lampu isyarat menunjukkan warna kuning, ana ulang, kuning, ana ulang skali lg, ianya warna kuning...tika itu, tersuluh ana akan kereta kancil berlogokan polis...time tu la jimey n haiqal nak pki seat belt...
kereta kancil itu mengekoriku...berdebar jua rasenye...ana menunggu siren dibunyikan, namum tiada, ana menarik lafaz lega, namun di saat 100 meter b4 junction UTP, die memecut n menghelakan tangan utk berhentikan kenderaan...[aduss, kene gak]...
jimey dan haiqal bertetesan peluh, ana rilek je...die bertanyakan ape kesalahan yg dibuat?...ana menjawab, saya langgar lampu kuning...die menyuruh keluar...ana pun keluar ditemani jimey...si polis memberitahu, awak langgar lampu merah, lantas dinafikan ana...die berkeras jua...jd die cakap, rilek2...saya akan bg amaran je...
lega ana mendengarnya...die menaipkan butiran peribadi kete n maklumat diri...kirenye ana dah jd golongan wanted di bumi tronoh ni...
sahabat polis di sebelahnye mengecheck kete ana...takut kereta curi, namun die kecewa...[padan muka]...
selepas itu, ana dinasihatkan olehnye utk menghormati traffic light...insya Allah, nasihat si polis akan diingati....
sekian celoteh dri ana....
jazakallah...[dah puas ati ke jimey???]
Tuesday, January 13, 2009
Bingkai-bingkai Kehidupan....
Salam peninggalan..
posting kali ni ditujukan khas buat teman seperjuangan yakni sebingkai cermin mata Zero X...
-------------------------------------------------------------------------------
sudah 3 hari kita x bersua...namun, timbul pula perasaan rinduku padamu...
tanpamu, hidupku ape pun x nampak...nak tgk org pun x cam[dpt elak masalah hati..bgus gak]
daku fikir xdpt ku jumpa mu lagi...mungkin jelajahmu mengelilingi dunia penuh dengan pancaroba...harap dirimu dapat menghadapinya...
sentiasalah sampaikan khabar berita kepadaku...[mungkin hang dah sampai lautan hindi dah ni]...
------------------------------------------------------------------------------
insya Allah ari ni, ana akan dpt teman hidup baru....hehe...selamat tinggal zero X, smoga kenangan kita bersame x dilupakan....
sedikit pengajaran, hargailah harta benda anda...ana dah rasa kehidupan 3 hari tanpa cermin mata..amat perit disitu....
insya Allah..sedikit sebanyak kita memuhasabahkan diri...
jazakallah....
posting kali ni ditujukan khas buat teman seperjuangan yakni sebingkai cermin mata Zero X...
-------------------------------------------------------------------------------
sudah 3 hari kita x bersua...namun, timbul pula perasaan rinduku padamu...
tanpamu, hidupku ape pun x nampak...nak tgk org pun x cam[dpt elak masalah hati..bgus gak]
daku fikir xdpt ku jumpa mu lagi...mungkin jelajahmu mengelilingi dunia penuh dengan pancaroba...harap dirimu dapat menghadapinya...
sentiasalah sampaikan khabar berita kepadaku...[mungkin hang dah sampai lautan hindi dah ni]...
------------------------------------------------------------------------------
insya Allah ari ni, ana akan dpt teman hidup baru....hehe...selamat tinggal zero X, smoga kenangan kita bersame x dilupakan....
sedikit pengajaran, hargailah harta benda anda...ana dah rasa kehidupan 3 hari tanpa cermin mata..amat perit disitu....
insya Allah..sedikit sebanyak kita memuhasabahkan diri...
jazakallah....
Monday, January 12, 2009
Bulan Pertama tahun 2009...
Salam menunaikan azam tahun baru...
Alhamdulillah..tanggal 12 januari di pagi yg hening ana berkesempatan utk melihat ke blog sendri dan timbul perasaan utk mengepost setelah sekian lame membuat rekod xpost...
sedikit sebanyak coretan di bulan pertama dgn persedian utk menyambut adik2 baru, berjuang utk warga palestin dan melambai sahabat2 yg pergi berjuang utk memenangkan islam di pantai timur dan sebagainye...dan alhamdulillah...kami yakni ana, zaim, bart dan jimey ditugaskan utk berkhidmat di "malam solidariti kemanusiaan utk palestin" bertempat di stadium indra mulia[nama stadium ana kurang jelas]...
kedatangan kami disambut mesra oleh sahabat2 perjuangan dri kampus lain di perak....tika dibriefing tentang perihal event ini, jawatankuasa majlis mahukan kami membuat gimik membawa mayat tatkala cikgu azmi berucap...agak bingung di situ...mcm mne nak buat....lantas saudara bart menceritakan tentang penglibatannye dalam arena membuat gimik mayat ni...
sebagai keputusannye, kami dri utp diserahkan bulat2 utk membuat gimik tersebut...lantas tergesa2lah kami membeli belah, kain di nagoya, polistrin di kedai cina, dan sebagainye utk membina keranda dialaskan dengan bendera palestin...turut disertakan anak patung[sebut anak jimey] utk merealisasikan gimik tersebut...
pabila sume perkakas siap, kami dipanggil ke dalam dewan...ingatkan utk diberi makan,[haha] rupenye utk menjalankan rehearsal gimik tersebut...kami tercengang...ingatkan disuruh buat alatan sahaja, lantas alasan pakaian xseragam diutarakan, solusinye, pakai vest dan selendang palestin....ana pula yg tercengan[sbb kne pakai vest]...lantas zaim dan bart merancang perjalanan kami di atas pentas tatkala ana dan jimey beberapa kali pergi ke tandas[takut punye pasal]....
alhamdulillah....gimik berjalan jua...walaupun jauh disudut hati kami yg gimik ni mcm x jadi tp alhamdulillah berjalan tanpa masalah yang besar...buat pertama kali dalam sejarah melakukan persembahan dpn MB perak tu...
malam tersebut dana rm1 juta dilancarkan... dan diteruskan dengan tayangan montaj...montaj yang ana kirenye dapat mengalirkan air mata bagi sesetengah individu...insya Allah, bersama kite mendoakan kesejahteraan islam di sana...ya Allah selamatkanlah agama-MU....
cukup sekadar itu coretan ana di dalam blog ini...insya Allah tahun baru ini dimulakan dengan azam utk mengaktifkan diri dalam berblog...doakanlah...
tika coretan ini ditulis, cermin mata ana mungkin dah sampai di selat melaka...
jazakallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)