Monday, September 22, 2008

Qari muda julang Malaysia


dipetik dari Berita Harian: 22/9/2008

DUBAI: Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12 yang berakhir di sini kelmarin.

Lebih membanggakan, hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah oleh Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammad Rashid Al Maktoum.

Berbaju Melayu dan bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah, Ampang, Selangor, gembira serta tidak putus-putus tersenyum menerima tahniah daripada pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains, Al Mamzar.

Muhammad, yang mengambil masa tiga tahun menghafal kitab suci itu, menerima hadiahnya pada upacara berasingan.

Johan keseluruhan Dihqa yang bermula awal bulan ini ialah Fares Al Aagam dari Yaman, naib johan, Noor Al Deen Al Younsi (Libya) dan ketiga, Khalid Al Ainati (Kuwait). Sebanyak 85 peserta mengambil bahagian.

Tiga pemenang utama itu masing-masing menerima 250,000 dirham, 200,000 dirham dan 150,000 dirham, manakala pemenang dari tempat keempat hingga ke-10 menerima antara 65,000 dirham dan 35,000 dirham. Satu dirham bersamaan kira-kira 95 sen.

Muhammad kelihatan yakin sebaik saja naik ke pentas memperdengarkan bacaannya di hadapan hadirin yang membanjiri dewan itu. Sebuah akhbar tempatan menyifatkan bacaan Muhammad sebagai 'amat mempesonakan'.

"Alhamdulillah," kata Muhammad apabila ditanya mengenai pengalamannya sebelum keluar dari dewan bersama rakan barunya selepas selesai majlis penyampaian hadiah yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Dubai, Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Terdahulu, dalam temubual dengan Bernama, Muhammad berkata, dia mula berlatih menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan amat terhutang budi kepada bapanya, yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan ibunya, seorang doktor gigi, atas dorongan mereka.

"Pada mulanya, ia memang amat susah, tapi lama-kelamaan, ia semakin mudah. Minat yang mendalam dalam bidang ini juga banyak membantu saya," kata Muhammad yang berasal dari Kuala Lumpur.

Selain Dubai, bakat dan kebolehan yang dimiliki pernah membawa Muhammad ke banyak tempat, termasuk Austria, apabila dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran pada 2006. Muhammad juga sering dijemput mengimamkan solat di pelbagai masjid di Malaysia.

Remaja itu berkata, dia menghabiskan sebahagian besar bulan Ramadan di sini dan tidak sabar untuk pulang ke tanah air bagi menikmati suasana berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

----------------------------------------------------------------
knape ana post ni???
sebabnye ana adalah pengurus qari UTP iaitu saudara zulhaziman@jimey, nak naikkan semangat beliau...mungkin dri minat berqari ni akan membuatkan beliau dpt memiliki Henset yg lebih hebat lg???
insya Allah..niat ikhlas krn Allah

event terbaru jimey adalah kembara sufi..jd nantikanlah ia...

jazakallah...

Minggu Lapan yakini Eight Week



asslamualaikum...

seperti biase, posting utk minggu kelapan adalah di akhir minggu kesembilan....ish..minta maaf dri ana yg sering membuang mase dan x pandai jage waktu.. seperti yg diberitahu dlm posting yg lepas, minggu kelapan ni adalah yg paling sibuk ngan workload samada dri segi akademik, dan taklifan...

bermula dgn cerita akademiknye, xpasal2 sem ni ade ade Lab, yg seperti yg diketahui, course PE[stand for petroleum eng. xde sgt lab]..jd kami ni jenis xbiase wat lab, dan klu de lab pun, laporannye just simple je...maka disebutkan kisah, drilling engineering name subjeknye...didesignkan Lab dlm subjek ni...maka kami yg amek subjek ni, disuruh membeli lab manual yg harganye RM45...[lab manual termahal rsenye]...dlm tu kne wat 2 part dan setiap part tu ade 5 eksperimen...dah tu, laporannye kne wat mcm jenis scheme nye..maka workload akademik yg pertama adalah lab report DE..utk selesaikannye,ana follow groupmate ana yg wat dlm 25 pages..dan mse ana anta, rupenye2 kne wat 10 pages je..[adus]..

then,workload kedua adalah project HSE, dan alhamdulillah , ana dpt groupmate yg memahami, dan mereka memudahkan kerja ana..alhamdulillah skali lg...n mse ari jumaat minggu kelapan ni gak...ana dpt tau satu lg assignment yg nak kne wat iaitu CM[stand for computational method]...abis ana terpakse tundakan antar ari senin, mesti kne tolak mark...utk minggu tu gak ade 2 test iaitu DE test dan HSE test..dan record, utk HSe ana keluar awal iaitu 15 minit setelah bermula..huhu, record2...

seterusnye workload kerja or taklifan, utk minggu kelapan ni, ana de jawatan bru iaitu selaku pengurus qari UTP iaitu saudara zulhaziman..utk pertandingan di USM...serta kumpulan nasyid in-saff..dan nak hangatkan lagi keadaan, usrah kami, membuat perancangan adhoc iaitu ke usm utk beri sokongan padu pada jimey...bertolak kul 6 ptg dan tiba di rumah naqib kami iaitu abg hakim di PP..sampai disana, dijamu oleh ibu beliau..kenyanglah kami...dri situ, kami menuju ke usm transkrian, tempat jimey berlawan...alhamdulillah, sampai kat sane mse pertandingan bru nak mula...sempat bg kata2 peransang...



keputusannye, jimey dpt no 3 dri 12 org, tahniah jimey, mengharumkan name UTP...nasyid pun same gak dpt no 3..tahniah2...lps tu dri sane, kami tidur di rumah naqib kami selepas penat berjalan2 tanpa tujuan di Pulau..[membazir minyak je]..pagi soknye, kami bertolak pulang utk urusan masing2..dlm perjalanan tu, kami membuat liqa' usrah di RnR gunung semanggol..habis jd kanak2 sume...pape pun, alhamdulillah...slamat sampai dan amat menyeronokkan..

tu je kot coretan pd minggu kelapan...ana pun dah ngantuk...

sahabat2 pergunakanlah sisa2 ramadhan yg masih tinggal ni...

jazakallah..

Sunday, September 14, 2008

Warkah Dari Keluarga....



Kehadapan kekandaku, Muhammad Firdaus...

Assalamualaikum... Apa khabar kakanda di sana? Adinda bersama keluarga di sini sehat sejahtera... diharap kakanda juga sihat hendaknya... Warkah kakanda yang dikirim telah selamat diterima oleh kami.. kami di sini amat gumbira mendapat khabar berita dari kakanda di sana...

Kakanda,
Bagaimanakah perguruan kakanda nun jauh di sana? Ayahanda dan bonda sampaikan salam rindu dan sayang mereka buat kakanda... Tujuan adinda sekeluarga menulis warkah ini adalah untuk mengucapkan salam Ramadhan dan E'idulfitri buat kakanda... Kami di sini amat menantikan kepulangan kakanda untuk berbuka puasa bersajikan hidangan-hidangan lazat bersama kami...
Kami juga ternanti-nanti akan perubahan yang dimaksudkan oleh kakanda... terutamanya saiz tubuh kakanda yang bagaikan bigfoot di rimba belantara... di sini juga disertakan serangkap pantun yang penuh bermakna untuk hiburan kakanda...

Dari bigfoot jadi rusa,
jangan suka buang masa...
pergi pasar dengan kami,
jangan lupa beli mi...

Sekian sahaja coretan adinda sekeluarga di sini... diharap kakanda akan terus mengirim berita... sebagai pengubat rindu buat ayahanda dan bonda...

adindamu,
BUDIN n BOLA duwah!


-----------------------------------------------------------
surat ana yg ditulis semasa MAIKS dibalas kembali...nak tergelak pun ade, terharu pun ade...ya Allah...peliharalah kaum kerabat ku...
xpe2..jge korang..xde duit raye...
:)

Minggu Tujuh yakni Week seventh....



Ana kembali menulis…alhamdulillah…diberikan kelapangan mase selapas melalu era2 workload dlm week 8[nanti akan diceritakan]..…walaupun agak terlewat utk menceritakan tentang week 7 ni…insya Allah, ana masih ingat ape yg berlaku…jd…utk minggu ke-7..tiada ape yg menarik utk diceritakan…cumenye... agak dipenuhi ngan test2 yang agak menekankan perasaan… juga terdapat beberapa program yang dijalankan utk naqib2…smart group.. seperti program motivasi dan sbg…

Bulan ramadhan yang Mubarak ni dilalui dgn semangat yang berbolak-balik…muhasabah utk dri sendri….bab2 amalan yang dijanjikan ketika awal ramdhan dlu…seringkali ditinggalkan..alasan yg x munasabah sering kali diberikan….ya Allah… kate nak wat program 3 ari[bg sesape yg paham]…last2 sampai 7 ari x wat2 gak….bilakah aku mahu bertindak???[status gtalk ana]…ya Allah..berikanlah aku panduan dan petunjuk…[sign]



Bg ana, bulan ramadhan inilah bulan yang menjadi batu loncatan or we can say as a catalyst..[sebut inggeris lak]…dlm pelbagai hal, terutamanya dlm ibadah…indicatornye adalah bulan2 selepas ramdhan…adakah kite sering beristiqamah?...ya Allah..berikanlah keberkatan dlm bulan yg mulia ini…

Minggu ini juga dikenali dgn minggu kegelisahan bg ana…nyesal la kana amek pcs sem ni…kne present kat depan yang mne ana kate, ana xbersedia utk wat, melainkan in bahasa melayu…dah la xde kredibiliti yang btul2 hebat…dlm klas ana tu, sume budak final year melainkan kami berlima[ana, awang, kamal, afo dan bakri] yang bru setahun jagung dlm petroleum…kredibiliti mereka[budak2 final year ni]…pakat2 ckp yg ni project dlm FYP[final year project] dan ade pengalaman dlm latihan praktikal…hebat2..ana nye kredibiliti just g fieldtrip kat Cameroon highland je…ish2..xpe..yg penting persiapan tu penting dan keberserahan diri kite kpd Allah..dialah yg menjaga hati manusia ini…

Dan yg terakhir…dri event rakan masjid lak..alhamdulillah…riadah yg dijalankan oleh lajnah ana dpt sambutan yg menggalakkan walaupun bulan pose…dan ana pun sian kat diorang ni…jd..ana pun bolos la 2 gol…sian nye pasal[hehe]…dan petang tu lak..dijalankan gotong royong blik garakan rakan masjid yg baru…alhamdulillah…smoga dgn terbentuknye blik ini, dpt melicinkan gerak kerja rakan masjid, insya Allah…syukran gak wat ajk ana yg begitu komit utk membantu…ana btul2 terharu…
Sekian dri pengkhabaran minggu ke7 yakni week seven..insya Allah…doakanlah ana rajin menulis…

Dan penguman jua..sahabat ana, haikal pun dah de blog….TAKBIR!!!!..
Smoga istiqamah dalam penulisan blog ni…
Jazakallah….

Sunday, September 07, 2008

Tafsir surah at-Taubah ayat 41

Jihad is required in all Conditions
Sufyan Ath-Thawri narrated from his father from Abu Ad-Duha, Muslim bin Subayh, who said, "This Ayah,
[انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً]
(March forth, whether you are light or heavy) was the first part to be revealed from Surah Bara'ah.'' Mu`tamir bin Sulayman narrated that his father said, "Hadrami claimed that he was told that some people used to declare that they will not gain sin (if they lag behind the forces of Jihad) because they are ill or old. This Ayah was revealed,
[انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً]
(March forth, whether you are light or heavy.)'' Allah commanded mass mobilization together with the Messenger of Allah for the battle of Tabuk, to fight the disbelieving, People of the Book, the Romans, Allah's enemies. Allah ordained that the believers all march forth with the Messenger regardless whether they felt active, lazy, at ease or had difficult circumstances,
[انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً]
(March forth, whether you are light or heavy) `Ali bin Zayd narrated that Anas said that Abu Talhah commented (on this Ayah), "Whether you are old or young, Allah did not leave an excuse for anyone.'' Abu Talhah marched to Ash-Sham and fought until he was killed. In another narration, Abu Talhah recited Surah Bara'ah until he reached this Ayah,
[انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَـهِدُواْ بِأَمْوَلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ]
(March forth, whether you are light or heavy, and strive hard with your wealth and your lives in the cause of Allah.) He then said, "I see that Allah had called us to mobilize whether we are old or young. O my children! Prepare my supplies.'' His children said, `May Allah grant you His mercy! You conducted Jihad along with the Messenger of Allah until he died, then with Abu Bakr until he died, then with `Umar until he died. Let us perform Jihad in your place.'' Abu Talhah refused and he went to the sea [under the command of Mu`awiyah] where he died. They could not find an island to bury him on until nine days later, during which his body did not deteriorate or change and they buried him on the island. As-Suddi said,
[انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً]
(March forth, whether you are light or heavy), whether you are rich, poor, strong, or weak. A man came forward, and he was fat, complained, and asked for permission to stay behind [from Jihad], but the Prophet refused. Then this Ayah,
[انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً]
(March forth, whether you are light or heavy) was revealed, and it became hard on the people. So Allah abrogated it with this Ayah,
[لَّيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ]
(There is no blame on those who are weak or ill or who find no resources to spend, if they are sincere and true (in duty) to Allah and His Messenger) [9:91].'' Ibn Jarir said that Hibban bin Zayd Ash-Shar`abi narrated to him, "We mobilized our forces with Safwan bin `Amr, who was the governor of Hims towards the city of Ephsos appointed to the Jerajima Christian expatriates (in Syria). I saw among the army an old, yet active man, whose eyebrows had sunk over his eyes (from old age), from the residents of Damascus, riding on his animal. I said to him, `O uncle! Allah has given you an excuse (to lag behind).' He said, `O my nephew! Allah has mobilized us whether we are light or heavy. Verily, those whom Allah loves, He tests them. Then to Allah is their return and eternal dwelling. Allah tests from His servants whoever thanks (Him) and observes patience and remembrance of Him, all the while worshipping Allah, the Exalted and Most Honored, and worshipping none else.''' Next, Allah encourages spending in His cause and striving with one's life in His pleasure and the pleasure of His Messenger ,
[وَجَـهِدُواْ بِأَمْوَلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ]
(and strive hard with your wealth and your lives in the cause of Allah. This is better for you, if you but knew.) Allah says, this is better for you in this life and the Hereafter. You might spend small amounts, but Allah will reward you the property of your enemy in this life, as well as, the honor that He will keep for you in the Hereafter. The Prophet said,
«تَكَفَّلَ اللهُ لِلْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِهِ إِنْ تَوَفَّاهُ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ، أَوْ يَرُدَّهُ إِلَى مَنْزِلِهِ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَة»
(Allah promised the Mujahid in His cause that if He brings death to him, He will enter him into Paradise. Or, He will return him to his house with whatever reward and war spoils he earns.) So Allah said;
[كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ ]
(Jihad is ordained for you (Muslims) though you dislike it, and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.)[2:216] Imam Ahmad recorded that Anas said that the Messenger of Allah said to a man,
«أَسْلِم»
(Embrace Islam,) but the man said, "I dislike doing so.'' The Messenger said,
«أَسْلِمْ وَإِنْ كُنْتَ كَارِهًا»
(Embrace Islam even if you dislike it).''
[لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَـذِبُونَ ]
(42. Had it been a near gain and an easy journey, they would have followed you, but the distance was long for them; and they would swear by Allah: "If we only could, we would certainly have come forth with you.'' They destroy themselves, and Allah knows that they are liars.)

Why Hypocrites would not join in Jihad
Allah admonishes those who lagged behind and did not join the Prophet for the battle of Tabuk, those who asked the Prophet for permission to remain behind, falsely pretending to have legitimate reasons to do so,
[لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا]
(Had it been a near gain), booty right in front of them, according to Ibn `Abbas,
[وَسَفَرًا قَاصِدًا]
(and an easy journey), travel for only a short distance,
[لاَّتَّبَعُوكَ]
(they would have followed you.) But,
[وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ]
(the distance was long for them), to Ash-Sham,
[وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ]
(and they would swear by Allah), when you return to them,
[لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ]
(If we only could, we would certainly have come forth with you), had not there been a valid excuse, we would have gone out with you,
[يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَـذِبُونَ]
(They destroy themselves, and Allah knows that they are liars.)
[عَفَا اللَّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُواْ وَتَعْلَمَ الْكَـذِبِينَ - لاَ يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ أَن يُجَـهِدُواْ بِأَمْوَلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ - إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِى رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ ]
------------------------------------------------------
ana just sahring ape yg ana dpt dri usrah ana...

jazakallah....

Monday, September 01, 2008

Ramadhan versus Kemerdekaan..



Sedikit berbicara…

alhamdulillah…merdeka pun sudah, 1st ramadhan pun sudah.,,kesimpulannye adalah cuti…ana gak dpt rase…berkaitan ngan tajuk, ana, ianye bukan utk memburuk mne2 sambutan, ini sekadar memberikan pendapat..ape yg membuatkan ana terdetik utk membincangkan perkara ini adalah, hasil perbincangan ana dgn naqib ana yakni abg hakim….”p_dotz, ape yg anta lihat dlm iklan petronas psl merdeka?”tanye abg hakim, lantas dijawab ana”agak menarik, iklan tu cite psl kerja kuat n x harapkan pertolongan ayah”, ana menggoreng….”terdapat kepincangan dlm iklan itu yg mane ianye menggambarkan sifat org melayu tu sendiri”,sambung abg hakim lagi…”???”,ana kebingungan…[mcm saifulisam.com je]…

Xyah dlm bentuk dialog, abg hakim member tahu,bahawa, ape yg dpt diperhatikan dlm iklan tersebut adalah pemikiran org melayu sendri, bukan pada anaknye, tp pd bapanye[si afdlin]…cube lihat, walaupun berpuluh tahun berlalu, ayahnye still lagi menjual buah…dan kesimpulannye, org melayu ni, tiada sifat utk merubah kepada yg lebih baik…pergantungan ayahnye adalah kepada anak2nye semata2…[sekadar sharing]….
Baru2 ni juga, kite dihebohkan dgn kelulusan kerajaan utk membuat konsert avril laving di kala ambang merdeka, yakni dikala bulan pause….inilah die, sifat sensitiviti tu langsung xde…nak jd cite lak…ade gak pertubuhan islam yg sokong, katenye si penyanyi tu adalah yg tersopan dri artis lain…aiseh…utk maklumat, bleh refer harakahdaily…ana x de linknye….[sori]…

Hasil dri ana pergi melihat hilal smalam, ade ceramah dri Ustz haslin…kemerdekaan yg sebenar adalah ketika ramadhan…btul lah yg kemerdekaan Malaysia tu gak diraikan..tp merdekanya bulan ramadhan ni adalah disambut oleh umat islam oleh seluruh dunia…merdeka dri ape?byk, antaranye dri musuh yg direjami,syaitan…jd, penuhilah dgn zikrullah, zikrulmaut,solat tarawikh,bebuka puase…. Dan ustaz amat tekankan kat sini bahawa kepentingan tarawikh tu dlm menampung kelompongan dlm seharian kite berpuase…
Jd..insya Allah, sekadar sharing dlm ape yg ana dpt…jika ade yg x betul, harap diperbtulkan….mohon amat2….

Dikala bulan puasa ni, jom g buka kat masjid,disamping dpt menjimatkan wang, dpt merapatkan ukhwah fillah…

Jazakallah

Penggoreng handalan[name ni mungkin akan bertukar]…

Minggu Enam yakni Sixth Week....



Ahlan wasahlan ya ramadhan....

alhamdulillah....syukur pada Allah kerana dgn rahmat dan rahimnye dpt mempertemukan kita dgn ramadhan kali ini...

assalamualaiku...syukur lg sbb diberikan kelapangan mse[sbb tgh cuti merdeka]..utk keep mengupdate blog..syukran bg yg memberi sokongan...[aiyak..bahase formal sgt la kali ni]...


xpe2..sedikit perkoongsian berkenaan dgn last week...yg disebut bahawa minggu yg banyak test[ana test seat je, next week lg byk]...namun, kebanyankan dri kite ni, semestinye terlalu teruja nak balik...[ana pun skali]...sampai ari khamis dah lesap..xtau la sbb nak sambut merdeka ke...or nak sahur ngan family...depend in niat msing2...ana lak, rancangnye nak balik...tp...tiket bas xde..[mmg la xde sbb x g beli]...bukan sbb ana x nak bli or balik, tp ana rse, dibumi UTP ni xde org nanti nak sambut merdeka..haha..[gurau je]...sbbnye ana terlibat ngan program symposium nuqaba'...[bukan symphonyfest]....berkenaan ngan program ni, alhamdulillah...berjalan ngan lancar walaupun habis lewat satu jam...insya Allah..berkenaan ngan symposium ni, ana akan postkan artikel ustaz hakim yg katenye dipaparkan dlm TKO tu...hehe...


sambunganye lps symposium tu....ade lak kelas rengang...anjuran LkL...haha...best dpt berenang ngan senior2 n adik2...mcm2 ragam...ana pun bru first time msuk kolam renang UTP,[tp rekod utk abg paan sbb dah 4 tahun, bru ari tu msuk,tahniah2]..dri situ, byk permainan yg dimainkan antaranye lumbe2 renaang, gaye terjun unik[yg ni ana mng]...dan main baling baju...[sian fauzinye baju]....alhamdulillah, dgn terjalinnye ukhwah ni, maka gerak kerja islam akan lebih jitu, insya Allah...

ari ahad pula, tghari nye, ana mengikut al-akh hakim n al-akh paan[best gak pki al-akh]...pi ke surau al-Muttaqin di tronoh..ade org jamu aqiqah...kami dtg selaku wakil dri masjid UTP..dtg utk makan[hehe]...alhamdulillah, outputnye amat menarik, yakni RM sendri dpt bina link terhadap surau tersebut..alhamdulillah...dan...dikala petangnye lak....[yg ni yg best ni]...wakil RM dan MPP dijemput utk berjumpe hilal[anak bulan]...yakni majlis rukyah hilal...yg dianjur oleh jabatan mufti kerajaan negeri dan dihadiri oleh IR nizar sendri...pertama kali dpt lir IR nizar dgn jarak yg dekat...siap borak lg....rmi gak la yg nyibuk amek gambar...[kan izzu kan??]...tp..hilal nye x nampak, akibat terlalu tebal awan...[ingat x pose la esoknye...tp hasil syura esok pose lak]....jd solat terawikh nampaknye malam ni...

alhamdulillah..ana kire, cuti merdeka ni..walaupun x balik, tp tetap terisi...syukran bg yg menjemput dan raikan...[dpt makan free smalam]..papepun, marilah bersame2 menggunakan peluang yg sedia ada ni, yakni bulan ramadhan, selaku medan pengubah diri..insya Allah..semoga ramdhan kali ni lebih baik dri ramadhan yg lepas...

jazakallah...

p/s;utk minggu ni, blog bru adalah saudara anggur..tahniah2....

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Salah dan kurang tepat tu...

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

AIk...salah lagi


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

-----------------------------------------------------
sekadar perkongsian dri ana...

jazakallah....