Monday, April 26, 2010

Method Belajar Jurutera dalam Masyarakat

Keesokan hari, ana dan sahabat-sahabat yang mengambil subjek Jurutera dalam Masyarakat atau dalam inggerisnya Engineers in Society [EIS], akan menghadapi tribulasi atau bahasa universitinya TEST. maka, terjadilah perubahan sikap yang amat ketara dalam diri masing-masing, dari malas kepada rajin, dari tidur kepada bangun, dari ber'facebook' ke ber'buku', masing-masing struggle/bersungguh-sungguh dalam menghadapi jihad akademik ini.

Jurutera dalam masyarakat[EIS]


subjek ini, diambil ketika diambang final year. ianya subjek yg hanya melibatkan 2 jam lecture dalam seminggu yakni ari isnin jam 11-1ptg. semua engineering courses dalam UTP dikehendaki mengambilnya. namun, disebabkan masalah persepsi, maka subjek ini, saakan-akan dipulaukan kerana ianya lebih kepada method pembacaan, mengingat fakta dan undang-undang. akibatnya, most of student, hampir tidak mengatahui silibus subjek ini.

Method Jimey

jimey: p_dotz, jom study EIS. ana de cadangan mcm mne nak study EIS secara berkesan.

pdotz: wah, mcm mne?[dalam keadaan agak teruja]

maka, jimey memerintkan 3 copy kertas soalan test semester July 2006. copy yg pertama disertakan jawapan manakala bakinya tidak disertakan jawapan. arahannya, jimey membahagikan copy yg mempunyai jawapan kepada 2 bahagian dan diberikan kepada ana. dan setiap ana dan jimey diberikan copy yang tiada jawapan.[kome paham x ni?]

procedure pertama: ana menyoal jimey bahagian ana yang disertakan jawapan dan jimey pun menyoal ana dengan bahagian jimey yang disertakan jawapan.

procedure kedua: copy yang mempunyai jawapan diletakkan ditengah dan kami diberikan masa selama 10 minit untuk menjawab soalan itu.

procedure ketiga: kertas ditukar dan masing-masing menanda jawapan yang betul..[ala...mcm kat skola-skola dlu]

dan hasilnya....


alhamdulillah, moga method yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat.insya Allah, semoga berjaya untuk test hari esok....

p/s: nak tau markah jimey?...[lihat blognya..: provillager.blogspot.com]

Thursday, April 22, 2010

Kisah Gua


Sekadar perkongsian [tema blog jimey] berkenaan kisah gua yang ana peroleh semalam dikongsikan oleh Ustaz Abd Ur-rahman berkenaan usul isyrin imam hasan al-banna yang ke-15.

Tiga Pemuda

Cerita ni telah diceritakan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabat berkenaan kisah-kisah kaum yang terdahulu berkenaan doa dan tawassul.

Suatu hari, tiga pemuda keluar bermusafir, lalu dijumpai gua dan masuklah pemuda-pemuda tersebut didalam gua. dengan takdir Allah, pintu gua tertutup akibat runtuhan batu-batu besar. maka, terperangkaplah mereka di dalam gua tersebut.

Dalam gua yang penuh gelap, maka bersetujuilah pemuda-pemuda tersebut untuk meminta pertolongan dari Allah dengan cara berdoa dan bertawassul. mereka bertawassul menggunakan amalan-amalan soleh mereka.

Pemuda pertama

Ya Allah, sekiranya Kau tahu [sememangnya Allah maha mengatahui],suatu ketika dahulu, aku seorang majikan memberikan upah 3 gantang beras untuk pekerjaku. namun, pekerjaku tidak berpuas hati dengan kadar upah yang diberikan. maka, dia lari. lantaran itu, aku menggunakan upahan 3 gantang beras itu untuk menanam padi dan hasil jualan padi itu, aku dapat membeli seekor lembu. tiba-tiba, pekerja itu datang menuntut haknya kembali. lantas, aku memberikan lembu tersebut kepadanya dengan mengatakan lembu itulah upahnya hasil dari 3 gantang beras yang seharusnya diberikan dlu.
Ya Allah, bukalah pintu gua ini.

Maka, ditakdirkan Allah, pintu gua merekah dan sedikit terbuka.

Pemuda kedua

Ya Allah. sekiranya Kau tahu [sememangnya Allah maha mengatahui],suatu ketika dahulu, aku berkerja sebagai seorang penggembala kambing. aku mempunyai ibu bapa yang tidak berupaya untuk memperoleh rezeki. setiap malam, aku akan memberikan mereka minum susu kambing yang aku perahkan sebelum mereka tidur. suatu hari, aku terpulang lewat, lantaran itu, ibu bapaku telah masuk tidur. aku senggup menunggu ibu bapaku bangun untuk meminum susu kambing walaupun anak dan isteriku kepingan dirumah.
Ya Allah, bukalah pintu gua ini.

Maka, ditakdirkan Allah, pintu gua merekah dan menampak langit. namun rekahan itu tidak muat untuk keluar.

Pemuda ketiga

Ya Allah. sekiranya Kau tahu [sememangnya Allah maha mengatahui],suatu ketika dahulu, aku mempunyai seorang anak saudara perempuan yang amat jelita. aku kepingan akannya. lantas aku berusaha menggodanya. usahaku berjaya, namun ada syarat yang diberikan sekiranya aku mahu berzina dengannya. aku perlu membayar 100 dinar emas. syarat itu dipersetujui. aku bekerja keras untuk mendapatkan 100 dinar emas semata-mata mahu berzina dengan anak saudaraku. setelah aku berjaya mengumpulkan 100 dinar emas, aku membuat temu janji. malam itu, sebelum maksiat bermula, anak saudaraku berkata, 'ittaqullah, berikanlah kepada yang berhak'. lantaran itu, aku terus meninggalkannya dan 100 dinar itu.
Ya Allah, bukalah pintu gua ini.

Maka, ditakdirkan Allah, pintu gua merekah dan terbuka keseluruhannya.

Habis cerita

Kisah 3 pemuda di dalam gua ini, sedikit sebanyak memperihalkan konsep tawassul yakni menggunakan perantaraan di dalam doa'. ianya mungkin pekara yang dikhilafkan tapi ianya khilaf cabang[furu'].pengajaran lain juga adalah, sunat untuk kita berdoa jika dilanda kesusahan.

Kenapa pemuda ketiga?

Doa pemuda ketiga merupakan doa yang menunjukkan perasaan takutnya pada Allah. pemuda pertama memperihalkan kisah seorang majikan yang soleh, pemuda kedua adalah anak yang soleh dan pemuda ketiga adalah pemuda yang bertaubat. lantaran itu, tahap keikhlasannya adalah yang tertinggi.

Ya Allah...ampunilah dosaku....

Tuesday, April 20, 2010

Suatu Ketika di IRC


alhamdulillah, hari ini, ana dan sahabat seperjuangan, zulhaziman a.k.a jimey dikurniakan kelapangan untuk ke IRC. pemergian ini dibuat demi melahirkan zuq/semangat belajar sebelum di ambang peperiksaan. saranan ayuh berubah dijadikan laungan dalam jihad merubah diri ini.

pemergian ana dan jimey banyak diiringi dengan cerita dan perkongsian menarik, dari perancangan masa hadapan sehinggalah perkongsian ilmu-ilmu bermanafaat. antara diceritakan oleh jimey yang amat menarik minat ana adalah, ceritanya kepada adik-adik usrahnya berkenaan kaedah study yang disarankan.

cerita jimey....

"berdasarkan pengalaman intern abg dlu, kerja bermula jam 8 pagi dan tamat jam 5 petang. jadi, abg berpendapat, kaedah ini wajar diapplykan oleh adik-adik yakni, tidak perlu pulang ke bilik sehingga jam 5 petang. lepaklah dimana-mana, masjid, kafe dan IRC dan dari situ akan timbulnya kesedaran dan kepentingan masa untuk study" agaknya, nilah dialog perbualan jimey dengan adik-adik usrahnya.

dan, hari ni, kami mahu mencuba, [trial dan error] berkenaan dengan kaedah ini. say no to bilik, say no to katil n say no to comfeter[btul ke ejaan ni?]. dan hasilnya, dalam masa jam 9 pagi di IRC hinggalah jam 2 petang [ni trial n error], ana boleh katakan separuh masa diperuntukan untuk perbualan, sejukkan badan sbb aircond dan ronda-ronda IRC dan separuh masa lagi, ana berjaya untuk membelajarkan diri.

penilaian ana?....


outcome yang ana kira menarik dan wajar diteruskan. semamangnya, jika dibilik, sebanyak mana masa diperuntukkan, akhirnya peruntukan tinggal peruntukan, tewas kepada katil dan segala-segalanya. tika ini, ana teringat kata-kata sahabat [sila btulkan ana jika salah]:

'waktu itu umpama pedang, jika kita tidak menggunakan sebaik mungkin, mungkin ianya akan memancung kita'

terakhir dari ana, kata-kata menarik yang ana dengar pada hari ini, dari saudara jimey,"tidur di IRC lebih baik", katanya sambil memejamkan mata. ana mengangguk tanda setuju.

AYUH BERUBAH

Tuesday, April 13, 2010

10 April yang Lalu


10 April, ana termenung...

disebalik keindahan alam, air terjun yang mengalir deras, suasana Fardhul Muslim Camp agak damai. berlokasikan di Kem Pulara Trong, ana rasa gelisah. macam ade yang tak kena dengan tarikh ini. tetiba handphone maroonberry berbunyi menandakan masuknya mesej.

mama: Dot, arini besday Mama dgn adik....

ana membalas,

pdotz: lor..lupe, slamat buat mama n idin

lantas dibalas pula,

mama: Blah lu.. hadiah skali....

ana tersenyum, pastinya yang mesej tu bukan mak ana tp adik perempuan ana yang sering bermain-main. patut la terasa ade tak kena dengan tarikh ni, rupe-rupenye ari jadi mama ana dan adik lelaki ana. sama tarikh, lain tahun. ana terus telefon rumah. rupe-rupenye mereka sume sedang bersiap-siap untuk ke kenduri. nampaknya sume balik rumah, kakak ana yang belajar di UIAM dah abis examnye, jadi, sekarang menghabiskan masa berfacebook di rumah, adik perempuanku [red rangers gelarannya] bru diambil oleh ayah ana di UM manakala adik lelakiku, juga pulang ke rumah dari sekolah asramanya, sains hulu selangor.

ibuku/mamaku....
dilahirkan di bumi serambi Mekah, Kelantan. sentiasa memberikan dorongan buat ana. apajua masalah yang melanda, telefonnya merungkaikannya. penglibatannya dalam arena dakwah amatlah ana kagumi. usrah sana sini, kuliah merata-rata, namun tanggungjawab sebagai ibu dijalankan dengan baik. karenah setiap anak didengari satu persatu.kekadang terlihat raut letih diwajahnya, namun ianya hilang disebalik senyumannya. ya Allah, redhakanlah segala amal perbuatan ibu dan jadikanlah aku anak yang soleh seperti diharapkan oleh kedua ibu bapaku.
[tetiba jadi mcm bersajak lak, sori terEmo]

adik lakiku/bodin XL....
sekarang sedang bersiap sedia untuk menghadapi SPM di sekolah sains hulu selangor. selalu gak bergaduh akibat bermacam perkara[tp yg slalu menang, ana].pendapat ana terhadap adik bongsu ana ni, die seorang yang/mungkin genius. seorang yang suka mempamerkan sikap malasnya, sikap suka main game, bace komik,[sebenarnya kami kongsi hobi yang same].namun bile exam besar je, UPSR, PMR, sering kali membuat kejutan. lantaran itu, ibu bapa ana serik untuk menjanjikan sesuatu atas kejayaannya. insya Allah, impian ibu ana untuk adik ana ni adalah untuk melanjutkan pelajaran di Timur tengah. insya Allahm sesame doakan.

insya Allah, sekadar perkongsian yang tidak seberapa dari ana mengenai family ana.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu."[surah Luqman:14]

GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM


1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)

2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:
“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55)

“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)

6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: “Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.

Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6)

Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan. KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam.

Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.

Semoga bermanfaat.

Thursday, April 08, 2010

Hebatnya Ansar


Sejurus selepas tamatnya peperangan Hunain yang bersejarah, tentera Islam memperoleh harta rampasan perang (ghanimah) yang banyak. Lantas Rasulullah S.A.W menugaskan Zaid Bin Thabit R.A. untuk membuat pengiraan.

Pembahagian dibahagikan dengan penuh adil dan mengandungi uslub yang dapat menarik mereka yang masih lemah imannya supaya menjadi kuat juga mengajak yang masih kafir menjadi islam. contohnya, pemimpin Makkah yang baru masuk islam, Abu Sufian Bin Harb diberi empat puluh uqiah perak dan seratus ekor unta.

namun,

pembahagian harta ghanimah ini menimbulkan keluhan dari kalangan Ansar kerana tiada dari mereka yang mendapat habuan ghanimah. mereka sebenarnya kuat, teguh dan kental imannya dan sanggup jatuh dan bangun bersama Baginda, namun jelingan kepada harta telah menyentuh perasaab hati mereka.

lantaran itu,

pemimpin Ansar, Saad Bin Ubadah R.A. datang menghadap Rasulullah S.A.W dan menyampaikan keluhan mereka. Lantas, Rasulullah S.A.W menghimpunkan mereka di satu tempat. maka terjadilah peristiwa yang menyayatkan hati dibincangkan oleh Rasulullah S.A.W bersama mereka:

Setelah memuji dan memuja Allah dengan selayak-layaknya. kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai golongan Ansar!apakah cakap kamu yang sampai kepadaku?dan adanya raa marah yang kamu dapati berada dalam diri kamu terhadapku?adakah ketika aku datang, kamu dalam keadaan yang sesat lalu Allah berikah hidayah kepada kamu?Dalam keadaan faqir, Allah menjadikan kamu kaya?dakam keadaan berpecah, Allah menjinakkan hati-hati kamu?

mereka menjawab:Ya! Allah dan RasulNya yang memberi kurnia dan kelebihan.

Seterusnya Rasulullah S.A.W bersabda: Apakah yang kamu cakapkan telah sampai ke pengatahuanku?

mereka berdiam diri dan Nabi terpaksa mengulang sabdanya. mereka pun menjawab: Pemimpin-pemimpin kami tidak berkata apa-apa, yang celupar adalah dikalangan kami. mudah-mudahan Allah mengampunkan Rasulullah kerana memberi ghanimah kepada Quraisy tidak kepada kami, padahal pedang-pedang kami yang berlumuran dengan darah mereka.

Rasulullah S.A.W bersabda: sesungguhnya aku memberi ghanimah kepada mereka yang baru meninggalkan kekufuran. aku hendak jinakkan. aku dapati dalam diri kamu sedikit cenderung ke dunia. aku berikan kepada orang lain kerana memujuk mereka menganut Isalam atau menguatkan lagi Islam. Aku serahkan Islam kepada kamu, kepada diri kamu sendiri tanpa dapat digoncang. Wahai golongan Ansar, adakah kamu tidak redha?Biarlah orang lain pulang ke kampung halaman mereka dengan membawa unta dan kambing tapi kamu pulang dengan membawa Rasulullah bersama kamu. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di dalam tanganNya!kalau tidak kerana hijrah nescaya aku termasuk dalam kalangan Ansar. kalau golongan lain berjalan di satu jalan dan golongan Ansar berjalan di jalan yang lain, nescaya aku bersama golongan Ansar. Rasulullah lantas berdoa, Ya Allah, berilah rahmat kepada Ansar, anak-anak Ansar dan cucu cicit Ansar.

selepasa mendengar ucapan itu, mereka semua menangis penuh keinsafan dan keharuan sehingga janggut mereka dibasahi dengan air mata. mereka berkata: Kami redha dengan Rasulullah menjadi bahagian kami. lalu semua beredar tanpa sekelumit rasa terkilan seperti sebelumnya

Rasulullah S.A.W juga bersabda: Kasihkan Ansar menjadi tanda iman, memarahi Ansar menjadi tanda munafiq. tidak mengasihi Ansar melainkan seorang beriman dan tidaklah memarahi Ansar melainkan seorang munafiq. sesiapa yang mengasihi Ansar nescaya dia dikasihi Allah dan sesiapa yang memarahi Ansar nescaya dia dimurkai Allah. Ya Allah, merekalah manusia yang paling aku kasihi.(diulang tiga kali)

---------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, sedikit sharing dari ana hasil pembacaan dalam buku fiqh harakah jilid 3...

sekali sekala kne menghidupkan blog dengan sessi pengisian.

hebatnya Ansar ni...[ana terkeluar air mata mengenangkan kasihnya Rasulullah S.A.W kepada mereka]