Sunday, March 21, 2010

Aku tiada Kamera....

suatu tika dahulu, aku telah membeli sebuah kamera digital olympus yang bernilai rm599. nampak mahal tapi ianya berbaloi.

hasilnya aku sentiasa menangkap gambar, ketika program seperti mukhayyam, kem2 anjuran Rakan Masjid, Family Day yang membibitkan kenangan dan macam-macam lagi. gambar-gambar bersama sahabat, rehlah, ziarah rumah kamal, aksi di padang menguatkan lagi berbaloinya saat berkamera. gambar bersama keluarga, melawat sabah, taman negara dan tika raya terpahat dalam kenangan.

semuanya dinukilkan dalam blog dan simpanan tetap.....

namun...

suatu malam yang hening,bertempat di A-13-12 putra villa, rumah sewa kami ketika intern, kami dikejutkan dengan kehilangan henset saudara nu'man al-puchongi. dikatakan hilang ketika ia berenang di swiming pool selepas penat bekerja. kami, sek2 kLCC ni, ade usrah kLCC, maka lewat kami pulang.

kecoh dibuatnya. pak guard disoal siasat, polis direportkan dan masing-masing menggeledah rumah. ianya gagal menjumpai. kami menasihati nu'man dan memintanya agar bersabar...

malam telah berlalu...

pagi itu, siap-siap solah subuh dan hendak pergi ke pejabat aku agak tergundah. teringat akan kameraku yang ku bawa ke rumah sewa. diletakkan di dalam kopiah putihku di meja 'solek'ku...

ianya tiada...

setelah penat ke pejabat, sekian harinya bekerja, tika pulang semula ke rumah, maka aku membuat kesimpulan, kameraku hilang. maka kecoh lah kembali rumah kami.cuma di pihak empunya diri, letih bebenar nak buat soal siasat ni. mungkin atas kelalaian diri ini yang cuai dalam menjaga harta benda. malas nak tunding jari kat orang lain.

langkah keselamatan...

akibat dari insiden itu, persatuan rumah A-13-12 menukar kunci dan mengeratkan mangga. mengharapkan insiden ini tidak berulang kembali.

nilah gambar terakhir yang dirakam menerusi kameraku:

p/s: posting ni dibuat kerana desakan jimey yang suruh mengupdate blog.
buat saudara jimey: tunggu la...klu de rezeki kamera baru maka aku wat posting mcm mung...[kecek ganu kat jimey]

1 comment:

Provillager said...

takyah beli camera mahal2, membazir..
beli je henset murahan tapi ada camera berkualiti mcm henset aku..
haha..

xpe dot, lain blog lain pembawaannya.