Monday, March 29, 2010

KLIBF 2010


Alhamdulillah....

Kuala Lumpur International Book Fair 2010 atau nama melayunya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 telah habis berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Syukur sebab sekian lamanya ana kepingin untuk pergi menyibukkan diri dalam pesta yang julung-julung kalinya diadakan, ana berjaya menempatkan ruang waktu utk pergi. syukur juga sebab tarikh pesta buku itu terkena sedikit dengan tarikh cuti semester.

Seingat ana, last ana pergi ke pesta buku tersebut adalah dikala umur di sekolah rendah. teringat ibu dan bapa ana bawa ke sana selepas menghantar nenek ke stesen bas PUTRA yang terletak bersebelahan. dan berjaya membeli buku ensiklopidia yang pertama dimiliki.

Asalnya nak pergi pada hari pertama yakni hari jumaat, 20hb Mac, namun, setelah berbincang-bincang, ditambah pula dengan tetamu yang datang ke rumah, maka ianya ditunda ke ari sabtu. alhamdulillah, berjaya menarik minat adik-adik ana untuk pergi bersama. [walaupun diorang sebenarnye nak pergi berjalan]

Beberapa buah buku telah disenarai pendekkan, takut pi sana, lupe diri. akhirnya pada hari sabtu, kami bertolak ke STAR LRT sg. besi untuk menaiki train ke sana. lagi mudah, dapat elak jem.

Sampai disana, diri ana menjadi agak teruja, gerai buku penuh di merata-rata. sume buku ade, dari buku teks, wileys, mcgrew hills hinggalah ke buku-buku biasa. namun, kepadatan orang semakin lama semakin meningkat. akibatnya ana mengalah dengan kesesakan. masa satu jam memadai.

Hasilnya, ana berjaya membeli buku:
1- sepahit jadam by Ustaz Nik Abduh
2- Hadith 40 by Mustafa 'Abdul Rahman
3- Kesatuan Amal Islami Dalam Sesebuah Negara by Syeikh Mustafa Masyhur
4- Murabbi Cinta by Ustaz Hasrizal
5- Turki Negara Dua Wajah by Dr. Abdullah Azzam

Ana agak kecewa, kerana asalnya, antara sebab utama ana datang ke sini adalah untuk mendapatkan buku terbaru ustaz hasrizal/saifulislam.com. ade dua buku terbarunya, namun ana hanya berjaya mendapatkan sebuah sahaja kerana yang paling ana nantikan, Secangkit Teh Pengubat Letih tidak dilancarkan lagi. dana ana kecewa kerana ianya hari terakhir ana di pesta buku.

Namun, Allah lebih mengetahui dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. alhamdulillah, sahabat ana, saudara jimey tetiba 'sesat' di KL[sebab dirahsiakan]. dan ana berjaya menempah buku tersebut.

Jd,
6- Secangkir Teh Pengubat Letih by Ustaz Hasrizal
dalam tangan.

Alhamdulillah, ana berharap agak program-program seperti ini dapat diperluaskan sehingga sampai kat ipoh.[senang skit nak mai].

Bak kata ustaz harizal, inilah jomheboh kita.inilah pesta kite.[some sort like that]...

Jom start membaca...

4 comments:

Provillager said...
This comment has been removed by the author.
Provillager said...

"alhamdulillah, sahabat ana, saudara jimey tetiba 'sesat' di KL[sebab dirahsiakan]"

hazihi fitnah..saya tidak sesat, bahkan ianya adalah pengorbanan dan pertolongan demi sahabat. Huhu.. Nampaknya Pidot cuba mengeruhkan keadaan! Isk3...

Nak tahu cerita sebenar, sila berkunjung ke blog

http://provillager.blogspot.com/2010/03/cerita-panjang-secangkir-teh-pengubat.html

pEnGGorEng_hAnDaLan said...

hoho...jimey dah bersuara...

ana mengistilahkan perkataan sesat beserta koma atas[xtau name die]utk melahirkan rasa ghairah sahabat-sahabat seusrah....

hasilnya rmi nak ikut g amek...[walaupun ana ngan izzu je]

tpkan...terlajak ngan sesat bleh disegolongkan...hoho...

AHMAD said...

your next post should be about progress report that is always in progress. no?