Monday, September 22, 2008

Qari muda julang Malaysia


dipetik dari Berita Harian: 22/9/2008

DUBAI: Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12 yang berakhir di sini kelmarin.

Lebih membanggakan, hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah oleh Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammad Rashid Al Maktoum.

Berbaju Melayu dan bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah, Ampang, Selangor, gembira serta tidak putus-putus tersenyum menerima tahniah daripada pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains, Al Mamzar.

Muhammad, yang mengambil masa tiga tahun menghafal kitab suci itu, menerima hadiahnya pada upacara berasingan.

Johan keseluruhan Dihqa yang bermula awal bulan ini ialah Fares Al Aagam dari Yaman, naib johan, Noor Al Deen Al Younsi (Libya) dan ketiga, Khalid Al Ainati (Kuwait). Sebanyak 85 peserta mengambil bahagian.

Tiga pemenang utama itu masing-masing menerima 250,000 dirham, 200,000 dirham dan 150,000 dirham, manakala pemenang dari tempat keempat hingga ke-10 menerima antara 65,000 dirham dan 35,000 dirham. Satu dirham bersamaan kira-kira 95 sen.

Muhammad kelihatan yakin sebaik saja naik ke pentas memperdengarkan bacaannya di hadapan hadirin yang membanjiri dewan itu. Sebuah akhbar tempatan menyifatkan bacaan Muhammad sebagai 'amat mempesonakan'.

"Alhamdulillah," kata Muhammad apabila ditanya mengenai pengalamannya sebelum keluar dari dewan bersama rakan barunya selepas selesai majlis penyampaian hadiah yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Dubai, Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Terdahulu, dalam temubual dengan Bernama, Muhammad berkata, dia mula berlatih menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan amat terhutang budi kepada bapanya, yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan ibunya, seorang doktor gigi, atas dorongan mereka.

"Pada mulanya, ia memang amat susah, tapi lama-kelamaan, ia semakin mudah. Minat yang mendalam dalam bidang ini juga banyak membantu saya," kata Muhammad yang berasal dari Kuala Lumpur.

Selain Dubai, bakat dan kebolehan yang dimiliki pernah membawa Muhammad ke banyak tempat, termasuk Austria, apabila dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran pada 2006. Muhammad juga sering dijemput mengimamkan solat di pelbagai masjid di Malaysia.

Remaja itu berkata, dia menghabiskan sebahagian besar bulan Ramadan di sini dan tidak sabar untuk pulang ke tanah air bagi menikmati suasana berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

----------------------------------------------------------------
knape ana post ni???
sebabnye ana adalah pengurus qari UTP iaitu saudara zulhaziman@jimey, nak naikkan semangat beliau...mungkin dri minat berqari ni akan membuatkan beliau dpt memiliki Henset yg lebih hebat lg???
insya Allah..niat ikhlas krn Allah

event terbaru jimey adalah kembara sufi..jd nantikanlah ia...

jazakallah...

3 comments:

Amir Hamzah said...

nasib baik Jime x masuk je..

Mudzil said...

pasni turn ana plak. jangan riso..

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

klau tak salah ana, adik ni dok satu row ngn ana time hari terakhir musabaqah hari tu.. kemudian berjalanlah beliau dan ayahnye mengambil hadiah..
dia menang kategori tilawah bertarannum kanak2 tu, ayah dia johan kategori tilawah murattal=)