Tuesday, October 07, 2008

Family Day Rakan Masjid......



Pada tarikh 21 haribulan September 2008 bersamaan 21 Ramadhan 1429 Hijrah telah diadakan Famili Day Rakan Masjid yang dianjurkan oleh Lajnah Rekreasi, Kesenian dan Kebudayaan yang bertemakan ‘Menggamit Ukhuwah Menggapai Rahmah’.

Pada pukul 8 pagi, acara bermula dengan pendaftaran peserta yang bertempat di futsal court. Seramai 70 orang peserta telah mendaftar pada pagi tersebut. Peserta muslimin telah dibahagikan kepada 6 kumpulan manakala peserta muslimat telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Acara diteruskan dengan perasmian pembukaan oleh Saudara Mohd Hakim bin Mohd Nor, Presiden Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas.

Modul taaruf sesama ahli kumpulan telah dilaksanakan dengan cemerlang. Setiap ahli kumpulan diberikan kepingan gambar yang telah dicerakinkan dan diminta untuk mencantumkan kembali gambar – gambar tersebut untuk menentukan check point pertama bagi aktiviti treasure hunt. Sepanjang tempoh pencantuman gambar – gambar tersebut, setiap ahli akan bertaaruf sesama ahli kumpulan sendiri dan kumpulan lain. Setelah berjaya mencantumkan gambar – gambar tersebut, setiap ahli kumpulan bergerak ke check point masing - masing mengikut gambar yang telah ditetapkan.

Treasure Hunt yang dijalankan mempunyai 6 check point yang perlu dilalui oleh setiap peserta iaitu padang, pavilion, tasik, pondok, CIMB bank dan akhir sekali ialah masjid an – Nur. Setiap check point mempunyai tema yang tersendiri. Padang bertemakan pengorbanan, pavilion bertemakan sirah, tasik bertemakan kreativiti, pondok bertemakan IQ, CIMB bertemakan ukhuwah manakala masjid an – Nur pula bertemakan muhasabah ilmu. Selesai aktiviti treasure hunt, majlis ditangguhkan terlebih dahulu.

Majlis penutup berlangsung pada pukul 10.30 malam dengan penutupan majlis oleh Saudara Mohd Zaim bin Kamarulzaman, selaku Timbalan Presiden Rakan Masjid. Majlis penutup turut dilengkapi dengan persembahan montaj yang disediakan oleh Lajnah Informasi dan Multimedia. Bagi kategori muslimin, Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan berjaya bergelar johan manakala bagi muslimat, kumpulan gabungan Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan, Lajnah Dakwah dan Perhubungan, dan Lajnah Kebajikan dan Perpaduan.

Penyampaian hadiah kepada para peserta berlangsung dan diakhiri dengan jamuan. Majlis bersurai pada pukul 11.30 malam.

Kesimpulannya, Famili Day Rakan Masjid merupakan merupakan satu acara yang mampu memberi ruang kepada para peserta untuk merehatkan minda dan fizikal tanpa perlu


melanggari syariat – syariat Islam di samping mengumpul dan mengeratkan hubungan di antara ajk – ajk Rakan Masjid.


Disediakan oleh,

NURUL HUSNA BINTI HJ SHAHIMI

(SETIAUSAHA LAJNAH REKREASI KESENIAN DAN KEBUDAYAAN)
RAKAN MASJID
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

--------------------------------------------------------
Alhamdulillah..FD fasa 1 dah selesai...nantikanlah FD fasa 2 jika tiada aral melintang....syukran atas komiti FD dri kalangan LrKK[ajk2 ana]....insya Allah..smoga pengorbanan antum/na diberkati Allah...

sori sbb lambat post..[sbnrnye xtau nak post ape]
syukran pd husna[s/u Lrkk] sbb wat laporan..hehe

No comments: