Thursday, April 08, 2010
Hebatnya Ansar
Sejurus selepas tamatnya peperangan Hunain yang bersejarah, tentera Islam memperoleh harta rampasan perang (ghanimah) yang banyak. Lantas Rasulullah S.A.W menugaskan Zaid Bin Thabit R.A. untuk membuat pengiraan.
Pembahagian dibahagikan dengan penuh adil dan mengandungi uslub yang dapat menarik mereka yang masih lemah imannya supaya menjadi kuat juga mengajak yang masih kafir menjadi islam. contohnya, pemimpin Makkah yang baru masuk islam, Abu Sufian Bin Harb diberi empat puluh uqiah perak dan seratus ekor unta.
namun,
pembahagian harta ghanimah ini menimbulkan keluhan dari kalangan Ansar kerana tiada dari mereka yang mendapat habuan ghanimah. mereka sebenarnya kuat, teguh dan kental imannya dan sanggup jatuh dan bangun bersama Baginda, namun jelingan kepada harta telah menyentuh perasaab hati mereka.
lantaran itu,
pemimpin Ansar, Saad Bin Ubadah R.A. datang menghadap Rasulullah S.A.W dan menyampaikan keluhan mereka. Lantas, Rasulullah S.A.W menghimpunkan mereka di satu tempat. maka terjadilah peristiwa yang menyayatkan hati dibincangkan oleh Rasulullah S.A.W bersama mereka:
Setelah memuji dan memuja Allah dengan selayak-layaknya. kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai golongan Ansar!apakah cakap kamu yang sampai kepadaku?dan adanya raa marah yang kamu dapati berada dalam diri kamu terhadapku?adakah ketika aku datang, kamu dalam keadaan yang sesat lalu Allah berikah hidayah kepada kamu?Dalam keadaan faqir, Allah menjadikan kamu kaya?dakam keadaan berpecah, Allah menjinakkan hati-hati kamu?
mereka menjawab:Ya! Allah dan RasulNya yang memberi kurnia dan kelebihan.
Seterusnya Rasulullah S.A.W bersabda: Apakah yang kamu cakapkan telah sampai ke pengatahuanku?
mereka berdiam diri dan Nabi terpaksa mengulang sabdanya. mereka pun menjawab: Pemimpin-pemimpin kami tidak berkata apa-apa, yang celupar adalah dikalangan kami. mudah-mudahan Allah mengampunkan Rasulullah kerana memberi ghanimah kepada Quraisy tidak kepada kami, padahal pedang-pedang kami yang berlumuran dengan darah mereka.
Rasulullah S.A.W bersabda: sesungguhnya aku memberi ghanimah kepada mereka yang baru meninggalkan kekufuran. aku hendak jinakkan. aku dapati dalam diri kamu sedikit cenderung ke dunia. aku berikan kepada orang lain kerana memujuk mereka menganut Isalam atau menguatkan lagi Islam. Aku serahkan Islam kepada kamu, kepada diri kamu sendiri tanpa dapat digoncang. Wahai golongan Ansar, adakah kamu tidak redha?Biarlah orang lain pulang ke kampung halaman mereka dengan membawa unta dan kambing tapi kamu pulang dengan membawa Rasulullah bersama kamu. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di dalam tanganNya!kalau tidak kerana hijrah nescaya aku termasuk dalam kalangan Ansar. kalau golongan lain berjalan di satu jalan dan golongan Ansar berjalan di jalan yang lain, nescaya aku bersama golongan Ansar. Rasulullah lantas berdoa, Ya Allah, berilah rahmat kepada Ansar, anak-anak Ansar dan cucu cicit Ansar.
selepasa mendengar ucapan itu, mereka semua menangis penuh keinsafan dan keharuan sehingga janggut mereka dibasahi dengan air mata. mereka berkata: Kami redha dengan Rasulullah menjadi bahagian kami. lalu semua beredar tanpa sekelumit rasa terkilan seperti sebelumnya
Rasulullah S.A.W juga bersabda: Kasihkan Ansar menjadi tanda iman, memarahi Ansar menjadi tanda munafiq. tidak mengasihi Ansar melainkan seorang beriman dan tidaklah memarahi Ansar melainkan seorang munafiq. sesiapa yang mengasihi Ansar nescaya dia dikasihi Allah dan sesiapa yang memarahi Ansar nescaya dia dimurkai Allah. Ya Allah, merekalah manusia yang paling aku kasihi.(diulang tiga kali)
---------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, sedikit sharing dari ana hasil pembacaan dalam buku fiqh harakah jilid 3...
sekali sekala kne menghidupkan blog dengan sessi pengisian.
hebatnya Ansar ni...[ana terkeluar air mata mengenangkan kasihnya Rasulullah S.A.W kepada mereka]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment