Tuesday, April 13, 2010

10 April yang Lalu


10 April, ana termenung...

disebalik keindahan alam, air terjun yang mengalir deras, suasana Fardhul Muslim Camp agak damai. berlokasikan di Kem Pulara Trong, ana rasa gelisah. macam ade yang tak kena dengan tarikh ini. tetiba handphone maroonberry berbunyi menandakan masuknya mesej.

mama: Dot, arini besday Mama dgn adik....

ana membalas,

pdotz: lor..lupe, slamat buat mama n idin

lantas dibalas pula,

mama: Blah lu.. hadiah skali....

ana tersenyum, pastinya yang mesej tu bukan mak ana tp adik perempuan ana yang sering bermain-main. patut la terasa ade tak kena dengan tarikh ni, rupe-rupenye ari jadi mama ana dan adik lelaki ana. sama tarikh, lain tahun. ana terus telefon rumah. rupe-rupenye mereka sume sedang bersiap-siap untuk ke kenduri. nampaknya sume balik rumah, kakak ana yang belajar di UIAM dah abis examnye, jadi, sekarang menghabiskan masa berfacebook di rumah, adik perempuanku [red rangers gelarannya] bru diambil oleh ayah ana di UM manakala adik lelakiku, juga pulang ke rumah dari sekolah asramanya, sains hulu selangor.

ibuku/mamaku....
dilahirkan di bumi serambi Mekah, Kelantan. sentiasa memberikan dorongan buat ana. apajua masalah yang melanda, telefonnya merungkaikannya. penglibatannya dalam arena dakwah amatlah ana kagumi. usrah sana sini, kuliah merata-rata, namun tanggungjawab sebagai ibu dijalankan dengan baik. karenah setiap anak didengari satu persatu.kekadang terlihat raut letih diwajahnya, namun ianya hilang disebalik senyumannya. ya Allah, redhakanlah segala amal perbuatan ibu dan jadikanlah aku anak yang soleh seperti diharapkan oleh kedua ibu bapaku.
[tetiba jadi mcm bersajak lak, sori terEmo]

adik lakiku/bodin XL....
sekarang sedang bersiap sedia untuk menghadapi SPM di sekolah sains hulu selangor. selalu gak bergaduh akibat bermacam perkara[tp yg slalu menang, ana].pendapat ana terhadap adik bongsu ana ni, die seorang yang/mungkin genius. seorang yang suka mempamerkan sikap malasnya, sikap suka main game, bace komik,[sebenarnya kami kongsi hobi yang same].namun bile exam besar je, UPSR, PMR, sering kali membuat kejutan. lantaran itu, ibu bapa ana serik untuk menjanjikan sesuatu atas kejayaannya. insya Allah, impian ibu ana untuk adik ana ni adalah untuk melanjutkan pelajaran di Timur tengah. insya Allahm sesame doakan.

insya Allah, sekadar perkongsian yang tidak seberapa dari ana mengenai family ana.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu."[surah Luqman:14]

4 comments:

AHMAD said...

Ulasan yang baik. Tahniah

Provillager said...

Semoga sentiasa menjadi anak yang soleh. Patut la Pidot tak tenang & tersekat-sekat masa jadi fesi FMC. [eh yeke?]

AHMAD said...

tak ye jime.

pEnGGorEng_hAnDaLan said...

owh..itu cume perlambangan atas keresahan penunjuk ketidaceruan...