Thursday, April 22, 2010

Kisah Gua


Sekadar perkongsian [tema blog jimey] berkenaan kisah gua yang ana peroleh semalam dikongsikan oleh Ustaz Abd Ur-rahman berkenaan usul isyrin imam hasan al-banna yang ke-15.

Tiga Pemuda

Cerita ni telah diceritakan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabat berkenaan kisah-kisah kaum yang terdahulu berkenaan doa dan tawassul.

Suatu hari, tiga pemuda keluar bermusafir, lalu dijumpai gua dan masuklah pemuda-pemuda tersebut didalam gua. dengan takdir Allah, pintu gua tertutup akibat runtuhan batu-batu besar. maka, terperangkaplah mereka di dalam gua tersebut.

Dalam gua yang penuh gelap, maka bersetujuilah pemuda-pemuda tersebut untuk meminta pertolongan dari Allah dengan cara berdoa dan bertawassul. mereka bertawassul menggunakan amalan-amalan soleh mereka.

Pemuda pertama

Ya Allah, sekiranya Kau tahu [sememangnya Allah maha mengatahui],suatu ketika dahulu, aku seorang majikan memberikan upah 3 gantang beras untuk pekerjaku. namun, pekerjaku tidak berpuas hati dengan kadar upah yang diberikan. maka, dia lari. lantaran itu, aku menggunakan upahan 3 gantang beras itu untuk menanam padi dan hasil jualan padi itu, aku dapat membeli seekor lembu. tiba-tiba, pekerja itu datang menuntut haknya kembali. lantas, aku memberikan lembu tersebut kepadanya dengan mengatakan lembu itulah upahnya hasil dari 3 gantang beras yang seharusnya diberikan dlu.
Ya Allah, bukalah pintu gua ini.

Maka, ditakdirkan Allah, pintu gua merekah dan sedikit terbuka.

Pemuda kedua

Ya Allah. sekiranya Kau tahu [sememangnya Allah maha mengatahui],suatu ketika dahulu, aku berkerja sebagai seorang penggembala kambing. aku mempunyai ibu bapa yang tidak berupaya untuk memperoleh rezeki. setiap malam, aku akan memberikan mereka minum susu kambing yang aku perahkan sebelum mereka tidur. suatu hari, aku terpulang lewat, lantaran itu, ibu bapaku telah masuk tidur. aku senggup menunggu ibu bapaku bangun untuk meminum susu kambing walaupun anak dan isteriku kepingan dirumah.
Ya Allah, bukalah pintu gua ini.

Maka, ditakdirkan Allah, pintu gua merekah dan menampak langit. namun rekahan itu tidak muat untuk keluar.

Pemuda ketiga

Ya Allah. sekiranya Kau tahu [sememangnya Allah maha mengatahui],suatu ketika dahulu, aku mempunyai seorang anak saudara perempuan yang amat jelita. aku kepingan akannya. lantas aku berusaha menggodanya. usahaku berjaya, namun ada syarat yang diberikan sekiranya aku mahu berzina dengannya. aku perlu membayar 100 dinar emas. syarat itu dipersetujui. aku bekerja keras untuk mendapatkan 100 dinar emas semata-mata mahu berzina dengan anak saudaraku. setelah aku berjaya mengumpulkan 100 dinar emas, aku membuat temu janji. malam itu, sebelum maksiat bermula, anak saudaraku berkata, 'ittaqullah, berikanlah kepada yang berhak'. lantaran itu, aku terus meninggalkannya dan 100 dinar itu.
Ya Allah, bukalah pintu gua ini.

Maka, ditakdirkan Allah, pintu gua merekah dan terbuka keseluruhannya.

Habis cerita

Kisah 3 pemuda di dalam gua ini, sedikit sebanyak memperihalkan konsep tawassul yakni menggunakan perantaraan di dalam doa'. ianya mungkin pekara yang dikhilafkan tapi ianya khilaf cabang[furu'].pengajaran lain juga adalah, sunat untuk kita berdoa jika dilanda kesusahan.

Kenapa pemuda ketiga?

Doa pemuda ketiga merupakan doa yang menunjukkan perasaan takutnya pada Allah. pemuda pertama memperihalkan kisah seorang majikan yang soleh, pemuda kedua adalah anak yang soleh dan pemuda ketiga adalah pemuda yang bertaubat. lantaran itu, tahap keikhlasannya adalah yang tertinggi.

Ya Allah...ampunilah dosaku....

5 comments:

AHMAD said...

adiknya macam versi abangnya zaman sekolah. Or... is that you eh?

AHMAD said...

o0o n btw... first to read

AHMAD said...

masih kisah gua. Gua time intern dah story belum?

dOtZ aL-BanGi said...

Gua hira' intern akan diceritakan nanti...

Provillager said...

hadis panjang ini juga ada diceritakan dalam khutbah Jumaat di masjid An Nur suatu ketika dahulu..

teruskan memberi pengisian.bagus2.