Monday, May 24, 2010

Ratu Nil [Yukabid]


Alhamdulillah, simple posting dari ana untuk minggu ni.

lagu dari album terbaru dari Hijjaz, Permata Hijjaz 1431. Album kali ini agak istimewa kerana konsep yang dipilih oleh hijjaz adalah orchestra. alunan muzik yang menarik diadun dengan lirik-lirik lagu yang indah.

lagu-lagu dari album ini:

1- Gurindam Berkasih
2- Embun Hidayah
3- Satu Amanah
4- Syukur Pada Mu
5- Ratu Nil (Yukabid)
6- Neraca Diri
7- Ala Baladi
8- Engkau Insan Sempurna
9- Kekasih Agung 1431
10- Iman, Islam, Ehsan
11- Kalimah Cinta

dan ana memilih lagu Ratu Nil (Yukabid) sebagai pilihan.

Siapa Yukabid?

Setelah penat menelaah, wanita mulia yang bernama Yukabid ini adalah ibu kepada Nabi Musa A.S. seorang wanita yang diberikan ilham oleh Allah Taala untuk menghanyutkan anaknya, seorang lelaki dek kerana kezaliman pemerintah, Firaun yang mahu membunuh semua anak-anak lelaki.

Nabi Musa A.S yang dihanyutkan di sungai Nil dan diselamatkan oleh isterinya Firaun, Asiah, Ratu syahadah. dipeliharalah Nabi Musa oleh asiah dan firaun sendiri.

perancangan Allah adalah yang terbaik, Nabi Musa tidak mahu menyusu oleh sesiap pun, maka asiah menjemput wanita-wanita yang berkebolehan untuk menyusukan Nabi Musa dan yang terpilih adalah Yukabid. [Allahuakbar]....

hayatilah kisah Yukabid dari lagu ini:

Ratu Nil (Yukabid)

Khabar itu merusuh jiwa
Titah yang dicerca semesta
Si kecil bergelar lelaki
Bakal korban si derhaka

Resahmu bertukar debaran
Ketika bergema ketukan
Di mana nak kau sembunyikan
Tubuh kecil tak berdosa

Alam bagaikan membisu
Arus Sungai Nil pun mengalir lesu
Mendengarkan tangismu
Saat menyaksikan
Bayimu yang hanyut bersendirian

Duka tak terbanding kata
Dan halus nalurimu terdera
Sungguh kerinduanmu hebat terduga

Teguhlah ibu yang mulia
Berpegang pada satu percaya
Berpisah bukan selamanya
Janji-Nya bukan dusta

Tika dipanggil ke istana
Lengkaplah kisah kasih yang sempurna
Bayimu kehausan
Lalu kau susukan
Menitis airmatamu kesyukuran

Nyatalah janji Yang Esa
Terpisah ‘tuk bertemu semula
Kau genggam kembali jemari kecilnya

Walau diam dalam rahsia
Terpujuk sudah hati yang hiba
Yang dirindu kini kau dakap bahagia

Yukabid engkau tamsil cinta
Lambang tulusnya kasih ibunda
Pengorbanan yang tiada mula
Dan tiada hujungnya


Pencipta Lagu
Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit
Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penulis Lirik
Atie (Hijjaz Records Publishing)

*irc 10.53am

4 comments:

Provillager said...

Bagus dotz, selain drp lagu Yukabid, semua lagu album nie best2 blako especially Gurindam Berkasih, Ala Baladi, Embun Hidayah, Engkau Insan Sempurna dan Kekasih Agung 1431..

Kalau sblm ni album Hijjaz Selawat Nabi menyajikan 100% live percussion, album ini pula membawa konsep 100% live string orchestra. Mantop!

dOtZ aL-BanGi said...

btul kate jimey tu selaku otai nasyid kumpulan yang agak tidak terkanal, Jannisari..

Provillager said...

Jannisari akan keluar album baru..100% live recycled percussion (baldi, kayu, helmet, botol pasir dll..kalo mursyid bagi je barang ape pun, sume dia boleh palu baek punye.)

jom buat recording dulu.

dOtZ aL-BanGi said...

bersama kita menantikannya...