Tuesday, May 18, 2010

Tragedi Si Comel


Selasa, 18 Mei 2010.

satu tragedi menyanyat hati telah berlaku di rumah kami, V5A L5.3, tatkala kami semua[pelajar-pelajar final year] menghadapi peperiksaan Jurutera Dalam Masyarakat [Engineers in Society], tatkala kami tergesa-gesa meninggalkan bilik menuju dewan perjuangan, ianya berlaku.

seekor anak kucing, [sebut si comel] telah kembali ke rahmatullah. akibat tersepit di pintu. peristiwa tragis ini berlaku apabila seorang sahabat kami membuka pintu lantas pintu yg automatik tutup tu tertutup dengan pantas. anak kucing itu tersepit kepalanya.[terlalu sukar untuk mengucapkan kata-kata].

anak kucing itu[si comel]

rumah kami amat bertuah kerana dihadapan pintu rumah terjadinya kelahiran 4 ekor anak kucing yang molek sifatnya. lantaran itu, kami menjaganya seperti anak sendri[ayat dri jimey]. tatkala ia lapar, kami kurangkan laparnya[beri sisa2 makanan, x larat nak bli whiskis n seumpama], tatkala ia dahaga, bakrilah yang membuat susu untuk mereka minum. hidup kami yang penuh keletihan akibat kerja x kira masa sedikit terubat dengan perangai anak-anak kucing ini.

kasih ibu
mengikut sahabat ana, awangku alizul namanya, tika anak kucing itu menggelupur kesakitan, ibu kucing itu menjilat-jilat akannya. dan tika ana kembali dari exam EIS yang kuat menggoreng, kelihatan ibunya masih lagi menjilat anaknya yang sudah tidak bernyawa. rasa pilu di hati. kasih ibu tetap dimana-mana.

berikutan itu

petang ni akan ade sessi menanam anak kucing, kami bukakan ruang buat sahabat-sahabat serumah untuk ziarah anak kucing tersebut dan khabarnya malam ni pun nak buat tahlil untuk ana kucing tu dan sessi mahkamah untuk hukum pesalah tersebut...[gurau je...gurau]

sayangilah binatang..

[bru lepas exam eis ni, kepala pun jd tepu, esok lak exam Malaysian studies...pecoh palo]

p/s:ikutkan ana xnak post pape this week, tp keadaan memerlukan...tribute untuk anak kucing tersebut..

4 comments:

A.Alizul said...

pidot ...engineers in society pidot...
aku da upload vdeo kucing tuh, sila tgk kat blog aku...
kepada semua pembaca, esok pidot ngn jimey akan mengikuti satu exam utk qualify mereka sama ada boleh menjadi rakyat msia yang sah atau tidak...hehehe...

aku dah sah da jadi warga msia 2 tahun lepas...

pEnGGorEng_hAnDaLan said...

okes...dah diubah...engineers in society bukan engineering in society...

doakan kami...

Nurulhuda Mustapakamal said...

sian kucing tu...
msti jime yg paling sedih...
jimey = kucing.
kat mana2 pun jime bela kucing.

pEnGGorEng_hAnDaLan said...

bukan sekadar jimey...

kami serumah...

papepun takziah kepada jimey selaku bapa kucing tersebut...