Sunday, May 02, 2010
Ibu....Ibu.....
7.05 pagi, khamis, 29 April 2010
Masjid an-Nur lepas baca al-ma'thurat
mesej dari ibu:
doakan perjalanan mama selamat..
7.13 pagi, Jumaat, 30 April 2010
Kedai Pak Ali, village 1, sedang makan roti canai
mesej dari ibu:
Alhamdulillah, mama bru sampai je dri dubai ke zurich. kat sini kul 12 malam. cuaca sejuk skit...
9.48 pagi, sabtu, 1 Mei 2010
tepi sungai perak, sedang berkhemah
mesej 1 dari ibu:
i'm fine...local time now 3.38pg. kul 4 subuh..jap lg mama nak berangkat ke paris. train kul 6.50am. he...he...smlm mama jalan kaki g merayau ke pekan Baden.. cantik betul...aus nak jam ke?..byk jam kat sini...
mesej 2 dari ibu:
nanti mama beli bunga tulip kt menantu mama...byk dah mama ambik gambar...cantik sgt..
[yg ni aku x paham]...
Al-kisah.....
ibuku diberi peluang bersama sahabiah seusrahnye..[geng2 muslimat bangi fasa 4] untuk menziarah rakan yg berada di zurich, switzerland. perancangan yang telah lama dirangka dan alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk mereka pergi ke bumi banjaran Alps...
masa lawatan adalah 9 hari, dan insya Allah, sama-sama kita doakan perjalanan mereka selamat pergi dan pulang....
anakmu yang merindui....
'Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.' [surah Luqman, 14]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
berapa satu sms dicaj?
die kire kadar biase..
Post a Comment